Dayang Madinah Tun Abang Openg
Dayang Madinah Tun Abang Openg adalah seorang senator Malaysia mulai 11 Julai 2010. Beliau merupakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Dayang Madinah merupakan usawan wanita yang berjaya. Beliau merupakan wanita Melayu pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai senator.
PendidikanSunting
Dayang Madinah bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah St Mary, Kuching. Kemudian ke UiTM dalam bidang sains pengurusan dan pentadbiran.
KeluargaSunting
Ayah beliau Tun Abang Openg Abang Sapiee iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama. Abangnya merupakan Ketua Menteri Sarawak keenam, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Politik PBBSunting
Dayang Madinah mulai menceburi bidang politik Sarawak pada 1983. Dilantik menjadi setiausaha pergerakan wanita (1989-1995) dan Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB (1987-sekarang). Beliau aktif sebagai Jawatankuasa Biro Wanita Saberkas Sarawak, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi Kawasan Petra Jaya dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Wanita Sarawak Bhd (KOWASA).
Beliau adalah wanita ketiga dari Sarawak dilantik sebagai Anggota Dewan Negara selepas Empiang daripada PBB dan Doris Brodie daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]
RujukanSunting
- ^ Dayang Madinah Dilantik Senator mStar online