Mohd Na'im Mokhtar

Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar (lahir 25 November 1967) merupakan Menteri Agama Malaysia[1] dan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.[2] Beliau menerima watikah perlantikan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.[3]


Mohd Na'im Mokhtar

SSIS, DPMS (Selangor); AMN; BSK (Kelantan); PPC (Sarawak); PhD (UKM)
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanKosong
Didahului olehIdris Ahmad
Ketua Hakim Syarie ke-4
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Dalam jawatan
26 Mac 2019 – 2 Disember 2022
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Ismail Sabri Yaakob
Didahului olehMukhyuddin Ibrahim
Digantikan olehMohd Amran bin Mat Zain
Butiran peribadi
Lahir (1967-11-25) 25 November 1967 (umur 55)
Kampung Baru
 Kuala Lumpur
PasanganNik Roslini Raja Haji Ismail
Anak-anak3
ProfesionHakim dan Peguam
KabinetKabinet Malaysia 2022

Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Nik Roslini Raja Haji Ismail[4] dan dikurniakan dengan 3 orang anak.

Pendidikan Sunting

Na'im adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.[5]

Na'im yang merupakan penerima Anugerah Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2021 telah menerima lantikan sebagai Professor Adjung daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi sesi Ogos 2019 hingga Julai 2021, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi 2018 hingga 2019 dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuat kuasa bagi sesi 2018. Seterusnya bermula 1 November 2020 hingga 31 Oktober 2021 Na'im turut dilantik sebagai Prof. Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu dan terkini Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut melantik YAA Dato’ Setia Dr sebagai Prof. Adjung bagi tempoh bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022. Tambahan jua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut mengiktiraf YAA Dato’ Setia Dr dengan pelantikan sebagai Panel Penasihat Fakulti Syariah dan Undang-Undang bagi tempoh 2 tahun bermula Jun 2022 hingga Mei 2024.

Kerjaya Sunting

Na'im telah dilantik sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), menyandang jawatan sebagai Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lantikan dalam jawatankuasa Sunting

Na'im juga telah menerima lantikan sebagai ahli dalam pelbagai jawatankuasa, iaitu yang terkini Dato’ Setia Dr telah menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Dilantik Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bermula 30 Jun 2022 hingga 29 Jun 2024.

Antara lain jawatankuasa yang dianggotai ialah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula Februari 2021 hingga Februari 2024, Ahli Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tempoh  2 tahun bermula Mei 2022 hingga April 2024, Ahli Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak mulai Oktober 2021 hingga Oktober 2023, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie MAIWP sesi 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil bagi sesi 2019-2020, Pakar Penasihat Mualamat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016–2018, Ahli Panel Majlis Perunding Islam Malaysia 2016-2018, Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2016–2017, Ahli Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah, Pengerusi Jawatankuasa Hakam 2015-2017, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor 2015–2017, Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah 2015–2017 dan Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor dan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor 2015–2017.

Selain daripada itu, Na'im juga telah dilantik sebagai fasilitator kursus khas latihan Hakim-Hakim bagi negara Brunei, Maldives, Bangladesh, Bangsa Moro Filipina dan lain-lain negara, selain turut merupakan panel dan Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ahli ‘Focus Group on Enforcing Nafkah’ Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Panel Penasihat Industri Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). 

Na'im juga merupakan Pensyarah Jemputan di UKM, UIAM, IIUM, UITM, UIM, USIM dan Universiti Multimedia dari tahun 1998 sehingga sekarang. Selanjutnya, Na'im telah menganggotai beberapa Lembaga Penasihat Syariah Bank-Bank Islam serta Syarikat Takaful seperti CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd, Sun Life Insurance, American and British Investment Bank (Mauritius), seterusnya Takaful Ikhlas bagi tempoh 2 tahun bermula 1 April 2021 hingga 31 Mac 2023 dan terbaharu, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) turut mengiktiraf dan melantik Na'im sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah AIBIM selama tempoh 3 tahun bermula 2 Ogos 2021 sehingga 1 Ogos 2024.

Na'im juga seringkali menerima jemputan sebagai pembentang kertas kerja dalam bidang pengkhususan iaitu undang-undang dan syariah di persidangan tempatan bahkan juga peringkat antarabangsa. Na'im juga turut pernah menjadi tetamu jemputan tetap Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi program “Dari Hati Kita Berkongsi Mencari Solusi”.

Anugerah Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ "Pengumuman kabinet: Anwar menteri kewangan, Zahid dan Fadillah TPM". Malaysiakini. 2022-12-02.
  2. ^ Perutusan Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM.
  3. ^ Perlantikan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
  4. ^ Senarai keutamaan Persekutuan, 1 April 2020[pautan mati kekal]
  5. ^ Mohd Na'im Ketua Pengarah baharu JKSM