Sultan Sallehuddin

Sultan Kedah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (diputerakan pada 30 April 1942) ialah Sultan Kedah yang ke-29.[1] Baginda telah diangkat sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 September tahun 2017.[2]

Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin
Pemerintahan 12 September 2017 - Kini
Pendahulu Sultan Abdul Halim
Raja Muda Tengku Sarafudin Badlishah
Pasangan Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff (k. 1965)
Anakanda
Tengku Sarafudin Badlishah, Raja Muda Kedah
Tunku Shazuddin Ariff, Tunku Mahkota Kedah
Tempat persemayaman Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
Ayahanda Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Bonda Sultanah Asma binti al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Keputeraan (1942-04-30) 30 April 1942 (umur 81) (umur 81 tahun, 10 bulan dan 18 hari)
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tanah Melayu British Zaman Pendudukan Jepun
Agama Islam Sunni

Kehidupan awal sunting

Sultan Sallehuddin diputerakan pada 30 April 1942, pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.[3] Bonda baginda, Tengku Asma merupakan puteri kedua Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Baginda diputerakan di istana kerabat diraja Kedah, Istana Anak Bukit pada zaman penjajahan British. Baginda diputerakan dengan nama Tunku Mahmud Sallehuddin dan dibesarkan di Istana Anak Bukit.

Tunku Sallehuddin ialah anakanda kesembilan daripada 14 adik-beradik dan paduka putera keenam daripada 7 orang putera.[4] Ayahandanya Almarhum Sultan Badlishah (1894-1958), Sultan Kedah ke-27 dan ibundanya ialah Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1911-1994) yang merupakan anak perempuan Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Saudara kandungnya ialah Almarhum Tan Sri Tunku Annuar, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani, Dato' Seri Tunku Hosnah, Dato' Tunku Bisharah, Dato' Tunku Badriatul Jamal' Dato' Tunku Kamaliah dan Dato' Hajjah Tunku Nafisah manakala saudara tiri dari ayahanda yang sama ialah Almarhum Tunku Abdul Hamid, Almarhum Tuanku Abdul Halim, Almarhum Tunku Abdul Malik, Almarhum Tunku Mansur, Almarhumah Dato' Seri Tunku Hamidah dan Dato' Seri Tunku Sakinah.

Tunku Sallehuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid.[5] Baginda berkelulusan pendidikan tinggi daripada College of Military Engineering Poona di India.

Kerjaya tentera sunting

Kerjaya tentera Tunku Sallehuddin bermula dengan menjalani latihan kadet di Akademi Ketenteraan India di Dehradun, India, dari 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963. Baginda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Oktober 1963. Pada 12 Februari 1964, baginda ditugaskan sebagai leftenan dan ditempatkan dengan Batalion ke-2 Rejimen Melayu Diraja di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Baginda kemudian dipromosikan ke pangkat Kolonel.

Sepanjang perkhidmatan, Tunku Sallehuddin telah terlibat dalam beberapa operasi keselamatan di kawasan sempadan Thailand.

Pewaris takhta sunting

Tunku Temenggong Kedah sunting

Tunku Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Tunku Temenggong pada 28 November 1981. Baginda menjadi salah satu anggota Jemaah Pemangku Sultan yang memerintah Kedah apabila kakanda sulung baginda, Sultan Abdul Halim berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari Disember 2011 hingga Disember 2016.

Raja Muda Kedah sunting

Pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Tunku Mahmud Sallehuddin merupakan pewaris kelima kepada tahkta singgahsana Kedah Darul Aman, di hadapan kakanda kandung baginda, Tunku Annuar. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1943 dan paduka ayahanda baginda mengganti sebagai Sultan Badlishah, baginda menjadi pewaris keempat menaiki takhta. Sepanjang pemerintah paduka kakanda baginda, adinda Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Raja Muda Kedah memandangkan baginda tiada zuriat putera.[6] Ketika Tuanku Abdul Halim yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong hampir berakhir pada 12 Disember 2016, Tunku Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Kedah pada usia 74 tahun, tidak lama setelah Tuanku Abdul Halim tiba kembali di Alor Star dalam satu majlis yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Raja Muda Kedah ketika itu yang juga kakanda tiri baginda, Tuanku Abdul Malik, telah mangkat pada 29 Oktober 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah.[7] Pengisytiharan pemasyhuran tersebut diadakan pada istiadat menjunjung duli keberangkatan pulang Sultan Abdul Halim dan dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Bakar Din di hadapan paduka kakanda baginda.[8] Tunku Sallehuddin kemudian melafaz sumpah dan menandatangani Watikah Sumpah Raja Muda yang turut disaksikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri iaitu Dato’ Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Dato’ Hashim Hamzah. Sultan Kedah pada waktu itu berkenan mengurniakan keris kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan istiadat itu disusuli dengan paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam.[9]

Tunku Sallehuddin memegang beberapa kedudukan penting termasuk sebagai canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan presiden Majlis Agama Islam Kedah.[10]

Pemerintahan sunting

Sultan Kedah sunting

Sebelum pemakaman Almarhum paduka kakanda baginda, Tunku Sallehuddin, 75 tahun telah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 12 September 2017 bagi menggantikan kakandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat pada hari sebelumnya iaitu pada 11 September 2017.[11] Pengisytiharan itu diumumkan pada 1.55 tengah hari di Istana Anak Bukit oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.[12] Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.[13] Sejurus pengumuman itu, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Dato’ Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali diikuti tiupan nafiri dan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Fadhil Awang.[14] Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Kedah yang baru dibuat Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah pada hari kemangkatan Almarhum paduka kakanda baginda.[15]

Pada usia 75 tahun, Baginda merupakan raja memerintah yang tertua pada usia menaiki takhta. Rekod sebelum ini dipegang oleh Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta secara rasmi pada 13 Oktober 2016 pada usia 64 tahun setelah kemangkatan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Sultan Sallehuddin ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit pada 22 Oktober 2018. Sebaik selesai ditabalkan, baginda Sultan kini bergelar Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat Pertabalan baginda itu juga berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Kedah selepas kali terakhir istiadat yang sama diadakan pada 1959, iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah Ke-28.[16]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Sultan Sallehuddin
 
Panji diraja Kedah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran sunting

  • 30 April 1942 – 13 Mei 1943: Yang Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Tunku Badlishah.
  • 13 Mei 1943 – 13 Julai 1958: Yang Amat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Sultan Badlishah.
  • 13 Julai 1958 – 28 November 1981: Yang Amat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
  • 28 November 1981 - 1996: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah.
  • 1996 - 30 Jun 2011: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Mahmud Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah.
  • 30 Jun 2011 — 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Pengrusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
  • 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah Darul Aman.
  • 12 September 2017 – 22 Oktober 2018: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXIX.
  • 22 Oktober 2018 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXIX.
  • Jawi: كبوه دولي يڠ مها مليا الأمينل كريم سلطان صالحالدين ابن المرحوم سلطان بدليشاه، سلطان نڬري قدح دارول امان ك-29.

Kurniaan sunting

Kurniaan Kedah sunting

Kurniaan Malaysia sunting

Eponim sunting

Paduka anakanda sunting

Kedua-dua Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha dikurniakan dua orang anak.

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakanda mereka
Tarikh Pasangan
DYTM Tengku Sarafudin Badlishah 2 Mac 1967 2003 DYTM Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Arif YTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
DYAM Tunku Shazuddin Ariff 27 April 1970 2022 DYAM Che Puan Nur Julie Ariff

Keturunan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sultan Kedah ke-29: Tunku Sallehuddin". malaysiakini. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  2. ^ Ghazali, Adha; Iskandar, Petah Wazzan (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah ke-29". Berita Harian. Dicapai pada 12 September 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Tunku Sallehuddin proclaimed Kedah's Raja Muda" [Tunku Sallehuddin dimasyhur Raja Muda Kedah]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 16 Disember 2016. Dicapai pada 16 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Tunku Sallehuddin proclaimed as Kedah Raja Muda" [Tunku Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah]. Malaysia Kini (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2016. Dicapai pada 16 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Tunku Sallehuddin Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kedah Ke-29". Siapkeli. 19 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  6. ^ Subky Latif (19 September 2017). "Tak terfikir Tunku Sallehuddin naik takhta". Harakahdaily. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  7. ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhurkan Raja Muda Kedah". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-28.
  8. ^ "Tan Sri Tunku Sallehuddin Dimasyurkan Sebagai Raja Muda Kedah". mStar. 15 Disember 2016. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  9. ^ "Biodata Ringkas Tunku Mahmud Sallehuddin Sultan Badlishah". orangkedah.com. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  10. ^ "Tunku Sallehuddin, putera kesembilan Sultan Badlishah". Sinar Harian. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  11. ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah ke-29". Kerajaan Negeri Kedah. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  12. ^ "Tunku Sallehuddin Dimasyhur Sultan Kedah Baharu". MYNEWSHUB. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  13. ^ "Raja Muda Kedah dimasyur Sultan Kedah yang baharu". Utusan Borneo. 12 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  14. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah baru". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  15. ^ Jamliah Abdullah (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin diisytihar Sultan Kedah baharu". Utusan Online. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  16. ^ Jamliah Abdullah (22 Oktober 2018). "Sultan Sallehuddin selamat ditabal Sultan Kedah ke-29" Check |url= value (bantuan). Berita Harian. Dicapai pada 22 Oktober. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  17. ^ "Raja Muda of Kedah heads state awards list". The Star Online. 15 Januari 2017. Dicapai pada 28 September 2017.
  18. ^ "Sultan Kedah terima Darjah Utama Seri Mahkota Negara". Berita Harian. 15 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  19. ^ "MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH KERABAT YANG AMAT DI HORMATI (D.K) KELANTAN KEHADAPAN KDYMM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH". Kerajaan Negeri Kelantan. 30 September 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  20. ^ "MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan". MYNEWSHUB. 12 November 2016. Dicapai pada 9 April 2018.
  21. ^ Ifwan Tun Tuah (30 Oktober 2017). "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  22. ^ Noorazura Abdul Rahman (4 Disember 2017). "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Perak". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  23. ^ Hafizan Taib (14 Disember 2017). "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran Selangor". Selangorkini. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  24. ^ Ifwan Tun Tuah (14 Januari 2018). "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  25. ^ Safuri Kamarudin (10 Mac 2018). "Tukar nama jadi Masjid Sultan Sallehuddin". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  26. ^ "kedah12".

Pautan luar sunting

Sultan Sallehuddin
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 30 April 1942
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Kedah
2017–kini
Pemegang jawatan kini
Heir apparent:
Tunku Sarafuddin Badlishah, Raja Muda
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tunku Annuar
Raja Muda Kedah
2016 – 2017
Diikuti oleh:
Tunku Sarafuddin Badlishah
Didahului oleh
Tunku Abdul Malik
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah
2014 – 2016
Kosong