Tunku Shazuddin Ariff

Tunku Mahkota Kedah

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin (diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setar, Kedah) merupakan anakanda bongsu baginda berdua dan putera kedua kepada Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin bersama Sultanah Maliha.

Tunku Shazuddin Ariff
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah
Tunku Mahkota Kedah
Tempoh19 Jun 2022 - kini
Tunku Laksamana Kedah
Tempoh26 November 2017 - 18 Jun 2022
KeputeraanTunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Sallehuddin
(1970-04-27) 27 April 1970 (umur 52)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama penuh
Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaSultan Sallehuddin
BondaSultanah Maliha
AgamaIslam

KeputeraanSunting

Tunku Shazuddin Ariff diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setor, Kedah yang merupakan putera bongsu kepada Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Malilha binti Almarhum Tengku Ariff.

Beliau juga merupakan cucunda Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman.

Kehidupan dirajaSunting

Tunku Shazuddin Ariff juga mempunyai seorang kekanda lelaki, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah, yang diputerakan pada tahun 1967.

PendidikanSunting

  • Tahun 1990 - Tahun 1994 : Kansas Wesleyan University, United State of America - Design and Marketing
  • Tahun 1989 – Tahun 1990 : KDU University College
  • Tahun 1982 – Tahun 1987 : Sekolah Menengah Bukit Bintang
  • Tahun 1977 – Tahun 1982 : Sekolah Rendah Sri Petaling

KerjayaSunting

Setelah menamatkan pengajian di Kansas Wesleyan University, Tunku Shazuddin Ariff telah berkhidmat di beberapa syarikat di Los Angeles, United State of America. Sekembali ke Malaysia, Baginda memulakan kerjaya bersama Johan Design Associates selama lima tahun. Baginda telah ditugaskan untuk menguruskan pelbagai projek untuk beberapa syarikat terkemuka seperti Petronas F1, Malaysia Airlines, RHB Bank, Northport dan pelbagai Kementerian di Malaysia. Baginda meneruskan kerjaya dalam industri yang sama dengan syarikat – syarikat terkemuka yang lain seperti di Hewlett Packard, Data One dan Keppel Group of Singapore sehingga tahun 2001.

Pada tahun 2002, Tunku Shazuddin Ariff menceburi bidang perniagaan reka bentuk, dengan menubuhkan Syarikat Rethink Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Branding & Graphic Design dan Syarikat Reka 3 Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Interior Design. Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan Pengarah Urusan Seri Libana Sdn Bhd.

Tunku Laksamana KedahSunting

Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan gelaran Tunku Laksamana Kedah pada 26 November 2017.[1]

Tunku Mahkota KedahSunting

Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan gelaran Tunku Mahkota Kedah pada 19 Jun 2022.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambangSunting

Gelaran hormat bagi
Tunku Shazuddin Ariff
 
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaranSunting

  • 27 April 1970 – 19 Januari 2014 : Yang Teramat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 19 Januari 2014 - 12 September 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 12 September 2017 - 26 November 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
  • 26 November 2017 - 25 Ogos 2019 : Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
  • 25 Ogos 2019 - 18 Jun 2022 : Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin
  • 19 Jun 2022 - kini : Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin

Penganugerahan Kurniaan DarjahSunting

Tunku Shazuddin Ariff telah dikurniakan:

  • Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK, 25.8.2019) membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
  •   Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK, 19.1.2014) membawa gelaran Dato'.

RujukanSunting

  1. ^ "Kedah Genealogy" [Genealogi Kedah] (dalam bahasa Inggeris). Royal Ark. Dicapai pada 28 November 2017.
  2. ^ Raja Muda Kedah ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah
Tunku Shazuddin Ariff
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 27 April 1970
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Jawatan diwujudkan
Tunku Mahkota Kedah
2022 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Tengku Sarafudin Badlishah
Tunku Laksamana Kedah
2017 – 2022
Diikuti oleh:
kosong