Xavier Jayakumar Arulanandam

(Dilencongkan daripada Xavier Jayakumar A/L Arulanandam)

Dato'[1] Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli[2][3] yang mengangkat sumpah jawatan menteri pada 2 Julai 2018 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Langat dan bekas Ahli Dewan Negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat kawasan Sri Andalas, Klang, Selangor. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden KEADILAN. Pada 13 Mac 2021, beliau telah mengumumkan keluar daripada PKR menjadikan beliau antara 16 ahli parlimen yang keluar daripada PKR.

Xavier Jayakumar Arulanandam
DJMK (Kelantan)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuala Langat, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Abdullah Sani Abdul Hamid
Digantikan olehAhmad Yunus Hairi
Majoriti17,112 (PRU-14)
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Timbalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Didahului oleh Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2008–2011
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Seri Andalas
Dalam jawatan
2008 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Kamalam Annasamy
Digantikan oleh Mat Shuhaimi Shafiei
Majoriti10,203 (PRU-12)
15,633 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir1953 (umur 70–71)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politik PH-PKR (1998-2021)
BEBAS (2021-2022)
PBM (2022-kini)
PasanganDatin Shiela Christine Devaraj
Anak1
KediamanTaman Sri Andalas, Klang, Selangor
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor
KabinetKabinet Malaysia 2018

Kerjaya politik

sunting

Pada 13 Mac 2021, beliau telah mengumumkan keluar daripada PKR sekali gus membuatkan beliau antara Geng Kartel Azmin yang keluar daripada parti.

Parti Keadilan Rakyat

sunting

Beliau ialah Naib Presiden PKR.[4] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bagi negeri Selangor.[5]

Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli

sunting

Beliau telah mencadangkan agar meminda Kanun Tanah Negara yang diluluskan pada 2014 yang membenarkan pemilikan tanah kepada warga dan syarikat asing melalui Seksyen 433B dengan kelulusan kerajaan negeri.[6]

Pilihan raya

sunting

Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 di kerusi Parlimen Ampang yang menyaksikan beliau tewas kepada calon Barisan Nasional, Rozaidah Talib.[7]

Setelah tewas untuk merebut kerusi Parlimen, beliau telah bertanding pula di kerusi Dewan Negeri Selangor, Seri Andalas. Nasib telah menyebelahi beliau dan memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya umum Malaysia 2008.[8] Setelah menang, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.[9]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Selangor Seri Andalas dalam pertandingan 5 penjuru.

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Negeri Selangor[10][11]
Tahun Perlembagaan Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah mengundi Majoriti % Keluar mengundi
2008 N49 Seri Andalas, P111 Kota Raja Xavier Jayakumar (PKR) 20,258 66.83% Kamalam Annasamy (BN-MIC) 10,055 33.17% 31,039 10,203 79.93%
2013 N49 Seri Andalas, P111 Kota Raja Xavier Jayakumar (PR-PKR) 31,491 64.43% Mohan Thangarasu

(BN-MIC)

15,858 32.45% 49,552 15,633 87.30%
Hanafiah Husin (Bebas) 871 1.78% 75.24%
Uthayakumar Ponnusamy (Bebas) 614 1.26%
Kottappan Suppaiah (Bebas) 41 0.08%
Parlimen Malaysia[12][13]
Tahun Perlembagaan Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah mengundi Majoriti % Keluar mengundi
2004 P099 Ampang, Selangor Xavier Jayakumar

(PKR)

13,482 28.87% Rozaidah Talib (BN-UMNO) 33,214 71.13% 47,479 19,732 71.26%
2018 P112 Kuala Langat, Selangor Xavier Jayakumar (PH-PKR) 43,239 49.08% Shahril Sufian Hamdan (BN-UMNO) 26,127 29.66% 89,437 17,112 87.34%
Yahya Baba

(PAS)

18,731 21.26%

Anugerah

sunting
  •   Kelantan :
    •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) - Dato' (2019)[14]

Pautan luar

sunting

Xavier Jayakumar Arulanandam di Facebook

Rujukan

sunting
  1. ^ Ketua Audit Negara dahului senarai 623 penerima kehormatan Kelantan
  2. ^ Senarai menteri kabinet 2018
  3. ^ Xavier tiba pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
  4. ^ Hasrat Rafizi tanding jawatan Timbalan Presiden PKR tidak gugat parti
  5. ^ PKR dominasi kerusi DN Selangor
  6. ^ Pinda Kanun Tanah Negara elak pemilikan tanah warga asing
  7. ^ "Maklumat calon Parlimen Ampang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
  8. ^ Maklumat calon Dewan Negeri Selangor, Seri Andalas
  9. ^ Digugurkan dari MMKN Selangor
  10. ^ "Keputusan pilihan raya". 23 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Keputusan pilihanraya". 6 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ "Dashboard PRU14". pru14.spr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ "Keputusan pilihan raya". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2004. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ "Ketua Audit Negara dahului senarai 623 penerima kehormatan Kelantan". Bernama. 11 November 2019. Dicapai pada 11 November 2019.