Rosmah Mansor

Rosmah binti Mansor (lahir 10 Disember 1951) ialah isteri kedua kepada Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Najib Razak.

Rosmah Mansor

DK II (Pahang); SPMK, SJMK (Kelantan); SSDK (Kedah); SSAP, SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); DA (Sarawak)
روسمه منصور
Rosmah Mansor 2010 New Delhi (cropped).jpg
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-7
Dalam jawatan
3 April 2009 – 9 Mei 2018
Didahului olehTun Jeanne Abdullah
Digantikan olehSiti Hasmah Mohamad Ali
Canselor Universiti Selangor
Dalam jawatan
2006–2011
Digantikan olehRaja Arshad Raja Tun Uda
Butiran peribadi
Lahir (1951-12-10) 10 Disember 1951 (umur 70)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganDato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Anak-anakRiza Aziz
Azrene Soraya
Norashman Najib
Nooryana Najib
HubunganFazley Yaakob (menantu)
PekerjaanPengurus Pembangunan Perniagaan

Pada 18 Februari 2021, Mahkamah tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Rosmah membela diri terhadap tiga pertuduhan kes rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.[1]

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta. Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.[2]

Pendidikan

Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Negeri Lousiana, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.

Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Keluarga

Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Riza dan Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak.[3] Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Anugerah

Datin Sri Rosmah Mansor telah banyak menerima pelbagai anugerah dan pingat jasa daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, salah satunya ialah Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat pada 17 April 2010. Anugerah disampaikan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Lawrence Eagleburger di St. Regis Hotel.[4]

Pada 11 Februari 2012, Datin Sri Rosmah Mansor telah dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Canselor Universiti Curtin, Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth.

Turut hadir Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, turut menerima ijazah masing-masing.[5]

Selain itu, beliau turut juga dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur. Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

Kontroversi

Pendakwaan dan prosiding mahkamah

Pada 3 Oktober 2018, Rosmah telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pengubahan wang haram.[6][7][8] Pada 4 Oktober 2018, beliau hadir di Mahkamah Jalan Duta untuk pendakwaan bekenaan peranan beliau dalam skandal 1MDB. [9] Rosmah diiringi peguam beliau, Datuk K Kumaraendran dalam menghadiri sesi mahkamah yang selanjutnya. SPRM berkata Rosmah bakal didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLAFTA) 2001. Rosmah dijangka akan terlibat dalam 15 pertuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah wang RM7 juta. [10] Sekiranya Rosmah terbukti bersalah dalam prosiding mahkamah, bagi kesalahan-kesalahan pra-September 2014 akan membawa hukuman denda sehingga RM5 juta, penjara maksimum 5 tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Bagi kesalahan-kesalahan selepas September 2014 pula, hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Penghargaan

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Mahkamah arah Rosmah bela diri kes rasuah projek solar
  2. ^ Rosmah kena penjara 10 tahun, denda RM970 juta
  3. ^ "'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah", Malaysiakini.com, 30 Jun 2009.
  4. ^ Rosmah Terima Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa
  5. ^ http://www.malaysiakini.com/news/188884 Malaysiakini - Curtin anugerah ijazah kehormat pada Rosmah
  6. ^ https://www.ismaweb.net/2018/10/03/sprm-sahkan-rosmah-ditangkap-dituduh-di-mahkamah-esok/
  7. ^ http://www.kosmo.com.my/terkini/30-penyokong-berkumpul-depan-sprm-beri-sokongan-kepada-rosmah-mansor-1.760179
  8. ^ https://www.msn.com/en-my/news/national/rosmah-arrives-at-macc-headquarters-for-third-round-of-questioning-video/ar-BBNRm0N?li=BBr8Mk9
  9. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/04/rosmah-tenang-dikawal-ketat-tiba-di-mahkamah-untuk-didakwa/
  10. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/03/rosmah-berdepan-15-tuduhan-pengubahan-wang-kata-sumber/
  11. ^ a b c d e f g "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.
  12. ^ "Sultan of Kelantan birthday honours list". The Star. 2 April 2005. Dicapai pada 14 September 2018.
  13. ^ "Malacca Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob's birthday honours list". The Star. 18 October 2010. Dicapai pada 14 September 2018.
  14. ^ "Sultan of Pahang's 74th birthday honours list". The Star. 26 Oktober 2004. Dicapai pada 14 September 2018.
  15. ^ "Rosmah dikurnia darjah kerabat Pahang". Berita Harian. 26 Oktober 2013. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  16. ^ "Rosmah heads list of Pahang's 644 honour recipients". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 24 Oktober 2013. Dicapai pada 31 Julai 2022.
  17. ^ "Rosmah gets Datuk Seri Panglima title". The Star. 24 October 2009. Dicapai pada 14 September 2018.
  18. ^ "Sarawak Yang DiPertua Negeri's Birthday Honours list 2010". The Star. 19 October 2010. Dicapai pada 14 September 2018.

Pautan luar