Kontroversi Rosmah Mansor

Rencana ini memaparkan isu-isu serta kontroversi yang berkait dengan Rosmah Mansor. Beliau ialah isteri kedua kepada Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Najib Razak.

Rosmah Mansor

Rosmah telah menerima banyak kritikan keras khususnya daripa para pemblog di Malaysia, lebih-lebih lagi sejak beliau menyandang gelaran sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Banyak kritikan berlegar akibat reputasinya sebagai seorang yang boros, kuat berbelanja dan dilihat mendominasi agenda politik dan sosial Najib.[1] Gambarnya telah ditangkap dan disebar luas dalam media internet, lebih-lebih lagi apabila terdapat dakwaan bahawa beliau berfotografi dengan pereka beg ganggang terkenal Hermes Birkins dan barang perhiasan mewah,[1] menarik kritikan pedas khususnya pihak pembangkang di Malaysia.

Pereka barangan kemas Amerika Syarikat Jacob and Co, telah mendakwa Rosmah membeli cincin berlian bernilai RM24 juta pada tahun 2011, yang mana dokumen jual beli juga menunjukkan bahawa barang yang dibeli itu telah dipulangkan balik ke AS. “Sebab mengapa nama Puan Rosmah Mansor berada dalam resit House Airway kerana terdapat barang bernilai yang diposkan ke Kuala Lumpur, barang tersebut mesti dijaga rapi oleh orang tempatan Malaysia,” katanya.[1]

Pada 18 Februari 2021, Rosmah diarah untuk membela diri atas tiga tuduhan rasuah yang melibatkan projek solar hybrid di Sarawak.[2]

Pada 1 September 2022, Rosmah dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas dapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.[3]

Video tentang isteri PM sunting

Pada 25 Jun 2009, Rosmah menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet. Ia disediakan dalam tiga klip video yang lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh. Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.[4]

Kes 'bini puaka' sunting

Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan di Universiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang disampaikan kepadanya.[5] Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan.[6] Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra") membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya daripada penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.[7]

Lagi mahasiswa ditahan sunting

Pada 13 Ogos 2009, tiga anggota polis berpakaian biasa dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields menahan Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API) tahun dua dan ditahan reman selama dua hari. Polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani.[8] Akhirnya pada 19 November 2009, Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.[9]

Perasmian Persidangan Wanita Pertama sunting

Pada 11–13 Oktober 2010, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada perasmian Persidangan Wanita Pertama di Kuala Lumpur[10] di mana Rosmah telah disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Pertama.[11] Persidangan menekankan kepentingan tugas wanita dalam keluarga, komuniti dan kerajaan yang mampu bekerjasama bagi membuka bakat terpendam dalam setiap diri kanak-kanak. Terdapat 15 orang Wanita Pertama mengambil bahagian dalam Persidangan bertemakan "Kanak-kanak Sekarang, Seorang Pemimpin Hari Esok".[12] Persidangan itu telah menyebabkan kemarahan umum disebabkan kehadiran orang yang sangat sedikit dan tidak menonjol. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, mengkritik keras tentang penyalahgunaan dana awam berjumlah RM24 juta semata-mata untuk penganjuran persidangan, yang mana beliau mendakwa dana boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting.

Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 sunting

Pada 15 Mac 2011, video Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 disiarkan di Astro Awani, saluran berita 24 jam Astro. Dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tersebut disebabkan kelalaian Jepun dalam melaksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam, serta mengaitkan bencana tersebut dengan pembangunan pantas serta perubahan iklim, dan ia seharusnya menjadi iktibar kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa. Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong pembangkang di Twitter, dengan ramai pengguna mengutuk Wanita Pertama Malaysia tersebut bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tidak berkait[13]. Beberapa ahli parlimen pembangkang turut mendesak Perdana Menteri untuk 'mengawal isterinya' dan mendesak Rosmah untuk meminta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun atas kenyataannya itu.[14] Sementara itu, ahli parlimen Barisan Nasional pula menuduh pembangkang 'tidak melihat dari gambaran yang lebih besar'. Nazri mendakwa bahawa ulasan Rosmah mengenai "teknologi hijau" adalah lebih meluas daripada sedutan itu. [15]

Sungguhpun dicemari kontroversi tersebut, Rosmah telahpun menyatakan ucapan takziah secara rasmi kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.[16] Selain itu, beliau telah melancarkan satu tabung bantuan kepada mangsa dengan kerjasama Maybank dan Pandu Puteri.[17] Sejumlah RM1.8 juta sudahpun diagihkan kepada mangsa bencana tersebut.[18]

Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama" sunting

Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada di genggamannya. Namun, Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep Raja berpelembagaan yang mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Mengenai isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong hanyalah yang kedua selepas Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama Malaysia" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.[19][20]

Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada di bawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), hal ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja perbincangan dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia ialah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat daripada rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, malahan era pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, tidak terdapat sebarang bentuk entiti khusus yang dipersoalkan di Malaysia berkenaan kedudukan dan gelaran isteri Perdana Menteri sebagai wanita pertama. Tambahan lagi, isteri pertama mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Endon Mahmood yang sarat menempuhi pembedahan akibat serangan kanser payudara di Amerika Syarikat juga tidak menggunakan gelaran "Wanita Pertama" secara khusus dan terbuka.

Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Najib berikutan isterinya Rosmah yang dikatakan menggunakan Kempen video burukkan isteri PM wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap[nyatakan menurut siapa?] gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan diguna pakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.

Isu tidak hanya berhenti di situ sahaja, terdapat sumber yang mengatakan[nyatakan menurut siapa?] Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis daripada pelbagai pemblog. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencarian yang telah mengurus dan menyimpan data dalam [21][22] Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.

Berbelanja sakan sunting

Pada tahun 2012, dalam laporan dikeluarkan oleh Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "wanita pertama kaki berbelanja", mendakwa berbelanja sebanyak A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib bercuti dan bermalam di sebuah penthouse (rumah rehat) dengan kos A$20,000 (RM65,100) semalam. Penthouse tersebut merupakan Hotel Darling 5 bintang yang diubah suai.[23] Walau bagaimanapun, melalui akaun twitter, Najib Razak menyangkal laporan bahawa isterinya berbelanja sakan sebanyak RM325,000 di Sydney dan dakwaan tersebut sangat liar dan ditokok tambah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadapnya dan isteri. [24]

Sejak awal lagi, terdapat dakwaan bahawa Rosmah membeli sebentuk cincin permata bernilai US$24 juta (RM77 juta). Philip Nassimi, pengarah syarikat barang perhiasan mewah Jacob & Co, menunjukkan versi pembelian cincin berlian itu, dan mahu menghantarnya ke Kuala Lumpur atas nama Rosmah Mansor. Tapi tujuannya adalah untuk menunjukkan cincin tersebut pada Maira Nazarbayev, yang mana anak lelakinya bertunang dengan anak perempuan Najib dan Rosmah. Cincin tersebut selepas dilihat oleh Maira, kemudian dihantar balik ke New York pada Mei 2011.[25] Pada 4 Oktober 2011, Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa tiada bayaran dibuat berkenaan cincin US$24 juta (RM77 million) yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri Malaysia, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan cincin tersebut telah dihantar pulang ke New York oleh syarikat pengeluar.[26] Rosmah juga menyebabkan bantahan awam yang terjadi banyak kali walaupun masih tidak menyebabkan pemberontakan besar, apabila didakwa memegang sekurang-kurangnya 11 buah beg Hermes Birkins dalam warna-warna yang berbeza.[27][28][29]

Pengharaman melancong sunting

Pada 12 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menyatakan beliau mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Najib dan Rosmah.[30]

Kes pengubahan wang haram sunting

Pada 4 Oktober 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.[31][32]

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti mana yang diperuntukkan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Kes rasuah Sarawak projek sunting

Pada 15 November 2018, Rosmah menghadapi perbicaraan atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta untuk projek membekalkan tenaga solar kepada sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.[33]

  • Menerusi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, yang merupakan 15 peratus daripada nilai kontrak untuk projek itu, dari Saidi. Ia sebagai dorongan untuk membantu syarikat (Jepak Holdings) mendapatkan Projek Bersepadu dan Penyelenggaraan dan Pengendalian Genset/ Diesel Hybrid Photovoltaic Solar System untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan langsung dari Kementerian Pendidikan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe ’, G-24, Tingkat Bawah, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, di sini antara bulan Mac dan April 2016.
  • Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa dengan tidak jujur menerima wang tunai RM1,500,000 untuk Saidi untuk tujuan yang sama di Jalan 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini pada 7,2017 September. Dia didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 24 Januari 2019, pihak pendakwaan memohon dua kes Rosmah itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.[34]

Pada 15 Februari 2019, pasukan pembelaan membantah permohonan pihak pendakwaan itu.[35]

Pada 15 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan dua kes rasuah Rosmah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.[36]

Pada 10 April 2019, Rosmah didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini dengan menerima sejumlah RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal kerana menolong Jepak Holdings mendapatkan projek yang sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.[37]

Perbicaraan sunting

Semua kes telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula pada 5 Februari 2020.

Pada 5 Ogos 2020, Rosmah memohon untuk mendapatkan surat pelantikan Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes itu.

Pada 19 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.[38][39]

Pada 9 September 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk melarang media melaporkan bahagian tertentu dalam penyataan saksi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor yang dibacakan dalam perbicaraan kesnya.[40][41]

Pada 23 November 2020, Rosmah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.

Pada 18 Februari 2021, Rosmah diarah membela diri atas tuduhan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi ketiga-tiga kes tersebut.[42][43]

Pada 8 April 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Rosmah untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuahnya selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menyerahkan dokumen tersebut.

Pada 7 Mei 2021, Rosmah memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan prosiding perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid di Mahkamah Tinggi terbatal dan menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan.[44]

Sabitan dan hukuman penjara sunting

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta terhadap Rosmah. Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.[45][46]

Rayuan sunting

Pada 2 September 2022, Rosmah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah.[47]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Berthelsen, John (22 August 2014). "Malaysian PM's Wife Draws flak". Asia Sentinel. Dicapai pada 22 August 2014.
  2. ^ Mahkamah arah Rosmah bela diri kes rasuah projek solar
  3. ^ Rosmah kena penjara 10 tahun, denda RM970 juta
  4. ^ Kempen video burukkan isteri PM
  5. ^ http://www.malaysianmirror.com/media-buzz-detail/6-nation/52863-raja-petra-denies-implicating-najib-rosmah-in-altantuya-murder Raja Petra Denies Implicating Najib, Rosmah In Altantuya Murder, Thursday, 14 April 2011 06:49
  6. ^ http://www.malaysiakini.com/news/107492 "'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah", Malaysiakini.com, 30 Jun 2009
  7. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/15/nation/8488514&sec=nation Diarkibkan 2012-11-01 di Wayback Machine Najib thankful that truth has been revealed. The Star, Friday, April 15, 2011
  8. ^ http://www.malaysiakini.com/news/110475 "Lagi siswa kes 'puaka' UM ditahan", Malaysiakini.com, 13 Ogos 2009
  9. ^ http://www.malaysiakini.com/news/117796 "Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'", Malaysiakini.com, 19 November 2009
  10. ^ "The First Ladies Summit 2010". Dicapai pada 29 July 2012.
  11. ^ "Malaysia - firstladiessummit.org". Dicapai pada 29 July 2012.
  12. ^ First Ladies Summit ends today with Rosmah's speech
  13. ^ Sukumaran, Tashny. "'Green' Rosmah hit by Twitter tsunami" Diarkibkan 2012-03-03 di Wayback Machine, Free Malaysia Today, March 15, 2011. Retrieved 20 March 2011.Ia adalah satu pernyataan berkenaan tentang situasi yang selamat sekiranya Jepun tidak menggunkan teknologi Nukler yang hampir-hampir melumpuhkan negara itu selepas Tsunami. Rosmah bukan menyatakan bahawa Tsunami berlaku disebabkan Jepun tidak menggunakan teknologi hijau.
  14. ^ Youtube - Rosmah patut minta maaf pada kerajaan, rakyat Jepun
  15. ^ Lee, Patrick. "Najib skirts around Rosmah query" Diarkibkan 2011-12-07 di Wayback Machine, Free Malaysia Today, March 17, 2011. Retrieved 20 March 2011.
  16. ^ "Rosmah ucap takziah kepada mangsa tsunami Jepun". Utusan Malaysia. 2011-03-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-07. Dicapai pada 2011-04-26.
  17. ^ "ROSMAH LANCAR TABUNG BENCANA". Utusan Malaysia. 2011-03-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-26. Dicapai pada 2011-04-26.
  18. ^ "Bantuan RM1.8j untuk mangsa bencana di Jepun". Utusan Malaysia. 2011-04-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-07. Dicapai pada 2011-04-26.
  19. ^ "First Lady: To be or not to be". Malaysiakini. Dicapai pada 29 July 2012.
  20. ^ Razak, Aidila. "Najib: 'First Lady' not higher than the queen". Malaysiakini. Dicapai pada 29 July 2012.
  21. ^ https://archive.is/20121202133809/http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947 First Lady of Malaysia Department
  22. ^ First Lady Of Malaysia Division – latest addition to PM's Dept?.
  23. ^ Dedicated follower of fashion – Rosmah Mansor
  24. ^ Najib: Rosmah shopping spree ‘a wildly exaggerated story’
  25. ^ NY jeweller clears Rosmah on ring purchase
  26. ^ US$24m ring returned after ‘a few days’, minister tells Parliament
  27. ^ No ring but what about the Birkin handbags, Serdang MP Teo Nie Ching asks Rosmah
  28. ^ Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap
  29. ^ Rosmah's handbags: 'Is Nazri's silence an admission?'
  30. ^ PM larang Najib, Rosmah keluar negara
  31. ^ Tentang tuduhan jenayah RM7.1 juta pada Rosmah
  32. ^ Rosmah kena 17 pertuduhan ubah wang dan gagal isytihar pendapatan
  33. ^ Rosmah didakwa minta, terima rasuah projek solar Sarawak
  34. ^ Pindah kes rasuah Rosmah ke Mahkamah Tinggi untuk keadilan - Pendakwaan
  35. ^ Bantah kes Rosmah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
  36. ^ Kes rasuah Rosmah dipindah ke Mahkamah Tinggi
  37. ^ Rosmah hadapi pertuduhan baru terima rasuah RM5 juta
  38. ^ Mahkamah tolak permohonan Rosmah dapatkan surat pelantikan Sri Ram
  39. ^ Permohonan Rosmah dapatkan surat pelantikan Sri Ram ditolak
  40. ^ Rosmah gagal halang media melaporkan penyataan saksi Rizal Mansor
  41. ^ Rosmah gagal halang media lapor pernyataan saksi
  42. ^ Rosmah ordered to enter defence in corruption case
  43. ^ Malaysian court orders graft trial of wife of ex-PM Najib to proceed
  44. ^ Rosmah fail permohonan batalkan perbicaraan kes rasuah
  45. ^ Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
  46. ^ Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
  47. ^ Tidak puas hati keputusan mahkamah, Rosmah kemuka rayuan