Mohammad Fuad Stephens

ahli politik Sabah

Tun Muhammad Fuad Stephens (dilahirkan sebagai Donald Aloysius Marmaduke Stephens; 14 September 1920 – 6 Jun 1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga. Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau juga merupakan "Huguan Siou" atau "Paramount Leader" yang pertama bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.


Muhammad Fuad Stephens

SMN, PSM; SPDK (Sabah); PNBS (Sarawak)
Ketua Menteri Sabah pertama
Dalam jawatan
16 September 1963 – 31 Disember 1964
TimbalanDatuk Gunsanad Samson Sundang
Didahului olehJawatan Ditubuhkan
Digantikan olehTan Sri Peter Lo Sui Yin
Ketua Menteri Sabah ke-5
Dalam jawatan
18 April 1976 – 6 Jun 1976
TimbalanDatuk Harris Mohd. Salleh
Didahului olehTun Mohd Said Keruak
Digantikan olehDatuk Harris Mohd. Salleh
Kawasan pilihan rayaKiulu (1976)
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-3
Dalam jawatan
16 September 1973 – 28 Julai 1975
Didahului olehTun Pengiran Ahmad Raffae
Digantikan olehTun Mohd Hamdan Abdullah
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia
Dalam jawatan
1968–1973
Didahului olehMohamed Baba
Digantikan olehTun Dr. Awang Hassan
Huguan Siou
of the Kadazandusun Cultural Association (KDCA)
Dalam jawatan
1960–1976
Didahului olehJawatan Ditubuhkan
Digantikan olehTan Sri Joseph Pairin Kitingan
Butiran peribadi
Lahir(1920-09-14)14 September 1920
Borneo Utara Kudat, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
Meninggal dunia6 Jun 1976(1976-06-06) (umur 55)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Parti politikUNKO (1961-1964), UPKO (1964-1967), BERJAYA (1975-1976)
PasanganToh Puan Rahimah Stephens (m.1958-d.1976)
Anak-anakJohari Stephens (1952), Affendi Stephens (1958), Asgari Stephens (1960), Faridah Stephens (1962), Fauziah Stephens (1958)

Tun Fuad mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961. Beliau terlibat dalam beberapa perundingan tentang penubuhan Malaysia. Tun Fuad ialah seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Sabah, dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pilihan raya 1976 sunting

Dalam pilihan raya negeri Sabah pada 5-14 April 1976, Tun Fuad Stephens bertanding atas tiket Berjaya di kawasan N15 Kiulu. Datuk Payar Juman dari USNO . Tun Fuad menang mudah.Parti Berjaya menewaskan USNO setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tun Mohd Fuad bersama anggota kabinet mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Sabah.

Tragedi Double Six sunting

Pada 6 Jun 1976, pesawat kecil jenis GAF Nomad buatan Australia menjunam terpacak di Kampung Sembulan , 2km dari Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pesawat ini dikendalikan oleh Sabah Air dari Lapangan Terbang Labuan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu . 11 orang terkorban termasuk anak kapal. Berikut adalah senarai mereka yang terkorban dalam nahas itu :

  1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
  2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
  3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Thain Vun
  4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
  5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
  6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
  7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Dr Syed Hussein Wafa
  8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
  9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
  10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
  11. Johari Tun Fuad Stephens

Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.[2]

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Jenazah Tun Mohammad Fuad telah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Nomad plan in full flight". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-24. Dicapai pada 2008-10-23.
  2. ^ "Flashback: 1976 Sabah State Elections in pictures". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-17. Dicapai pada 2008-10-23.
  • Buku 'Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu' oleh Syed Abdullah