Baru Bian

Baru Bian (lahir 9 September 1958) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kemudian menjadi Wakil Rakyat Bebas. Pada 30 Mei beliau secara rasmi telah menyertai Parti Sarawak Bersatu yang merupakan parti pembangkang di negeri Sarawak, PSB diasaskan pada tahun 2014 apabila berlaku kemelut dengan parti SUPP. Kini PSB mempunyai 2 wakil rakyat di Parlimen iaitu beliau sendiri dan AP Serian. Beliau juga bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia. Beliau menjadi orang berketurunan Lun Bawang yang pertama dalam seluruh sejarah Malaysia dilantik sebagai seorang menteri. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen (AP) bagi Selangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Ba'kelalan, Sarawak. Pada peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas pengerusi PKR Sarawak.[1]


Baru Bian

Baru Bian.jpg
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Selangau, Sarawak
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehBarisan Nasional.png Prs.jpg Joseph Entulu Belaun
Digantikan olehEdwin Banta
Majoriti486 (2018)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Ba'kelalan
Memegang jawatan
16 April 2011
Didahului olehBarisan Nasional.png Spdp-gif.gif Nelson Balang Rining
Majoriti473 (2011)
538 (2016)
Menteri Kerja Raya Malaysia
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaMuhammad V
Abdullah
Perdana MenteriPakatan-harapan-logo.svg Bendera BERSATU.svg Mahathir Mohamad
TimbalanPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg Mohd Anuar Mohd Tahir
Didahului olehYang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kawasan pilihan rayaSelangau
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (Sarawak)
Dalam jawatan
2009–2020
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim
TimbalanSee Chee How
Naib Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak
Dalam jawatan
1992–1994
PresidenLeo Moggie Irok
Butiran peribadi
Lahir (1958-09-09) 9 September 1958 (umur 64)
Sarawak Lawas, Sarawak
Parti politikParti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (1987-2003)
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (2006-2008)
Parti Keadilan Rakyat logo.svg Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2008-2020)
Parti Sarawak Bersatu (PSB) (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN) (1987-2003)
Barisan Bersatu Sarawak (BBS) (2006-2008)
Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015)
Pakatan Harapan (PH) (2015-2020)
PasanganYu Ching Sieu
Anak-anak3 (2L + 1P)
Joshua Parir
Benjamin Bian
Emmylyn Takong
Alma materUniversiti Teknologi MARA
Universiti Melbourne
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman web rasmihttp://www.barubian.net/

Latar belakangSunting

KeluargaSunting

Baru berkahwin dengan seorang surirumah sepenuh masa, Yu Ching Sieu berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan satu perempuan iaitu Joshua Parir, Benjamin Bian dan Emmylyn Takong.

PendidikanSunting

Baru memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan(SRK) Long Lellang (Tahun 1 dan 2) pada tahun 1966-67, SRK Long Semadoh (Tahun 3 dan 4) pada tahun 1968-69 dan juga SRK Long Napir (Tahun 5 dan 6) pada tahun 1970-71. Kemudian beliau menyambung pendidikan menengahnya di Sek. Men. Ker. Limbang (1972 - 76) dan lulus Senior Cambridge, kemudian di Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri dan lulus (1977 - 78) dan lulus Higher School Certificate(HSC).

Pada 1979 hingga 1980 beliau bekerja sebagai cikgu sementara di SMK Medamit, Bahagian Limbang. Selepas itu Bian menyambung pendidikan tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor di dalam jurusan Diploma Undang-Undang (DIL) selama empat tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 1984. Pada tahun 1985, beliau mendapat ijazah Bachelor of Law (LL.B) di Melbourne University, Australia.

KerjayaSunting

Pada tempoh masa 1979- 1981, Bian menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kerajaan Medamit, Limbang, Sarawak. Selepas mendapat ijazah undang-undangnya, pada tahun 1986, beliau menjadi pelatih di firma Messrs Rashid & Lee, Kuala Lumpur dan diterima sebagai peguambela dan peguamcara Malaya.

Kemudian pada 1987 hingga 1988, beliau menjadi Pembantu Undang-undang di firma Messrs Anthony Ting & Co., Kuching, Sarawak. Seterusnya pada 1990, beliau menjadi rakan kongsi firma Messrs Anthony Ting, Baru Bian & Co., Kuching, Sarawak. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, beliau bekerja di bawah syarikatnya sendiri, Messrs Baru Bian Advocates & Solicitors, Kuching, Sarawak, hingga ke hari ini.

Penglibatan di dalam politikSunting

Pada tahun 1987, beliau diterima sbagai ahli biasa bagi Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS). Di dalam tempoh kemudiannya iaitu pada tahun 1989 hingga 1992 beliau dipilih sebagai Exco Belia PBDS. Pada bulan September 1991 beliau berdiri sebagai calon PBDS (Pembangkang kemudiannya) di Lawas dan kalah.

Pada tahun 1992 hingga 1994, beliau dilantik menjadi Naib Presiden PBDS.

Di dalam selang masa tahun 1995 – 2000, beliau dilantik menjadi Ketua Perhubungan PBDS.

Pada sela tahun 2000 hingga 2003 menyaksikan beliau dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi PBDS. (Nota: PBDS dibubarkan sebagai parti politik.

Pada bulan September 2004 beliau berdiri sebagai calon bebas di pilihan raya kecil Ba’Kelalan 2005 berikutan kematian penyandangnya, Dr. Judson Sakai akibat helikopter terhempas pada Julai 2004, dan tewas sebanyak about 1300 nyawa.

Pada bulan Mei 2006, beliau berdiri sebagai calon SNAP di DUN Ba’Kelalan pada pilihan raya negeri Sarawak State dan tewas sebanyak 475 undi.

Pada April 2008, Bian menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia, atau Parti KEADILAN Rakyat (PKR) sebagai ahli biasa. Setelah setahun kemudian, beliau dilantik di dalam PKR pada bulan November 2009 sebagai Pengerusi PKR Sarawak oleh Presiden. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Terttinggi dan ahli Biro Politik.

Pada 2 Julai 2018, Bian dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Mahathir bin Mohamad.

Keputusan Pilihan RayaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Baru Bian creates history". The Borneo Post. 3 July 2018.

Pautan luarSunting