Labuan FM
Radio Malaysia Labuan FM (dulu Radio 3 Labuan, Radio Malaysia Labuan) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia.
Bandar | Labuan |
---|---|
Kawasan penyiaran | Labuan |
Slogan | Suara Pesisir Anda |
Frekuensi | 103.7 MHz |
Tarikh siaran pertama | 31 Ogos 1986 |
Bahasa | Melayu |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Tapak web | labuanfm |
Labuan FM disambung siar dari Nasional FM
suntingLabuan FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 7 malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah
sunting- Radio Malaysia Labuan ditubuhkan selepas dua tahun empat bulan Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dengan perjanjian mengenainya ditandatangani pada 16 April 1984.
- Ditubuhkan pada detik bersejarah sambutan Hari Kebangsaan ke-29 iaitu pada 31 Ogos 1986.
- Tapak stesen - kawasan seluas 3.19 hektar di Tanjung Taras - 3 km dari pusat bandar.
- Memulakan operasi menerusi gelombang FM Stereo Labuan FM 102.9 MHZ menggunakan kontena yang diubahsuai menjadi bilik hubungan (konti).
- Kendalian studio secara 'One Man Operational County'.
- Memulakan siarannya selama lima jam sehari, bermula jam 6 pagi, kemudiannya ditambah kepada sepuluh jam sehari pada 1 Januari 1992 dan berperingkat tambahan siarannya sehingga sehingga kepada 11 jam 15 minit sehari.
- Pada 1 Julai 1996 Radio Malaysia Labuan berpindah ke bangunan barunya dan operasinya ditambah kepada 13 jam 15 minit sehari dan pada 1 Jun 2005 siaran RTM Labuan telah ditambah lagi kepada 18 jam dan 15 minit sehari yang bermula jam 5:45 pagi hingga 12 tengah malam. Pada 21 Julai 1994 frekuensi telah ditukar kepada 103.7 Mhz dan saluran tambahan 89.4 Mhz apabila tertubuhnya Stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai pada tahun 2000.
- Memulakan operasi dengan 10 orang kakitangan, seorang ketua stesen, 4 kakitangan Bahagian Rancangan, 4 petugas Bahagian Kejuruteraan dan seorang petugas Bahagian Berita Ehwal Semasa.
Penyampai
suntingRancangan utama
suntingSetiap Hari (Isnin - Ahad)
suntingSegmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Salam Paadian | - | 07:00 - 11:00 |
Variasi | - | 11:00 - 15:00 |
Destinasi | - | 15:00 - 19:00 |