Selangor FM (Jabatan Penyiaran Selangor) ialah merupakan stesen radio Bahasa Melayu yang beroperasi di bawah Radio Televisyen Malaysia. Siaran adalah setiap hari dari 06:00 - 00:00 yang menampilkan berita tempatan serta muzik Melayu dan antarabangsa. Ia dipancarakan pada FM 100.9 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali dan boleh didengari di Lembah Klang, bahagian daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Jelebu, Negeri Sembilan, bahagian daerah Muallim, Hillir Perak, Perak dan bahagian daerah Bentong, Raub, Temerloh, Bera, Pahang. Ia juga boleh didengari menggunakan aplikasi RTMklik dalam telefon bimbit.

Selangor FM
BandarShah Alam
Kawasan penyiaranSelangor
SloganPilihan Tepat
Frekuensi100.9 MHz
Tarikh siaran pertama15 Oktober 1992; 31 tahun yang lalu (1992-10-15)
BahasaMelayu
Pemilik
Saluran kembar
Tapak webselangorfm.rtm.gov.my

Pejabat Selangor FM utamanya ialah di Jabatan Penyiaran Selangor, Bangunan IPPTAR, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Selangor FM disambung siar dari Nasional FM sunting

Selangor FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.

Sejarah sunting

Stesen ini dahulunya dikenali sebagai Radio Malaysia Selangor (RMS) dan sebelum itu sebagai Radio Malaysia Central Area dan Radio 3 Shah Alam.

Carta Organisasi sunting

Tahun 2023 sunting

Senarai Organisasi
Jawatan Nama
Pengarah Noriza binti Salleh
Timbalan Pengarah Mohd Zamani bin Ibrahim
Ketua Bahagian Rancangan Yusmawati binti Yunus
Pen. Jurutera Muhammad Hafiz bin Aziz
Penerbit rancangan Noorasikin binti Salleh
Penerbit rancangan Dassky Shah Ewas bin Hamshah
Penerbit rancangan Tengku Amril Nurman
Pem. Tadbir(Kewangan) Rozilawati binti Mamat

Senarai Segmen sunting

Senarai segmen Selangor FM
Nama Segmen Mula Tamat
Inspirasi 6.00AM 10.00AM
Prisma 10.00AM 2.00PM
Ekspresi 2.00PM 5.00PM
Dimensi 5.00PM 9.00PM
Santai 9.00PM 12.00AM

Kontroversi sunting

Terpaksa berpindah dari lokasi sunting

Pada 12 April 2008, Menteri Besar Selangor yang baharu, Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi amaran kepada stesen radio itu supaya menyediakan slot seminggu selama satu jam untuk menyampaikan maklumat mengenai program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri, atau berpindah daripada Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang turut menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri. Stesen radio itu diberi tempoh seminggu untuk melaksanakan permintaan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, stesen radio itu enggan memperuntukkan slot satu jam mingguan seperti yang diminta. Stesen radio berkenaan diberi masa seminggu untuk memenuhi tuntutan kerajaan negeri tersebut. Akibatnya, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Chik menyuruh Selangor FM berpindah keluar daripada bangunan tersebut dan sebaliknya beroperasi di Wisma Radio Angkasapuri, dengan kenyataan bahawa RTM tidak gentar akan amaran seperti itu.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting