Aku Pilih Kamu
Aku Pilih Kamu merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2013 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures. Filem lakonan Intan Ladyana, Fezrul Khan dan Zain Hamid ini ditayangkan pada 14 November 2013.
Aku Pilih Kamu | |
---|---|
Pengarah | Eyra Rahman |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 14 November 2013 |
Masa tayangan | 75 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingQesya sudah bercinta dengan Iskandar selama 5 tahun. Qesya mahu Iskandar berfikir tentang masa hadapan mereka. Cinta yang ada sudah cukup kuat dan Qesya mahu hubungan mereka menjadi halal. Namun Iskandar pula bercita-cita tinggi. Dia mahu menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi. Iskandar sayangkan Qesya namun dia juga tidak mahu mengorbankan impiannya. Imran, ayah Qesya tidak lagi sanggup melihat anaknya bersama lelaki yang baginya tidak bertanggungjawab. Membawa anaknya keluar tanpa sebarang hubungan. Qesya pula sememangnya membenci ayahnya marah apabila Imran mengherdik Iskandar. Namun jauh di sudut hati Qesya, dia sedar bahawa ayahnya betul. Kalau betul Iskandar cintakan dia, megapa lelaki itu tidak pernah berfikir tentang perkahwinan? Hidup Qesya berubah apabila Alif muncul. Imran tekad untuk mengahwinkan Qesya dengan Alif kerana dia yakin lelaki itu boleh membimbing anaknya yang banyak berubah. Qesya memberontak kerana dipaksa. Bagaimanakah kesudahannya? Qesya tetap akan berkahwin dengan Alif, pilihan ayahnya atau dia mengikut hatinya lalu bersama Iskandar?
Pelakon
sunting- Intan Ladyana sebagai Qesya
- Fezrul Khan sebagai Alif
- Zain Hamid sebagai Iskandar
- Azhan Rani sebagai Imran
- Sherie Merlis sebagai Laila
- Angah Raja Lawak sebagai Haris
Penerbitan dan keluaran
suntingPenggambaran filem ini dijalankan di Cameron Highlands, Pahang.
Aku Pilih Kamu ditayangkan pada 14 November 2013. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian meluahkan pandangannya tersendiri mengenai filem ini, beliau menyifatkan Aku Pilih Kamu sebagai "sebuah kisah klise atau stereotaip yang sering dipersembahkan dalam sesebuah drama atau filem."[1]
Rujukan
sunting- ^ Aqmar Mustaza (16 November 2013). Aku Pilih Kamu ‘undang’ air mata Sinar Harian. Diperoleh pada 28 April 2014.