Dendam Orang Minyak (drama)

Dendam Orang Minyak merupakan sebuah drama bersiri arahan Haris Kadir.

Dendam Orang Minyak
Ditulis olehZaidi Ahmad Tajudin
PengarahHaris Kadir
Dibintangi oleh
Aqasha
Melissa Maureen
Azhan Rani
Boy Iman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin hingga Khamis, 4:30 petang
Syarikat penerbitan
Suhan Movies
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lagenda)
Siaran asal7 Jun 2010 – 8 Julai 2010
Kronologi
MengikutiSayang Cendana
Diikuti olehDuyung Aridinata

Sinopsis sunting

Dendam Orang Minyak mengisahkan Fendi kebingungan disebabkan siri pembunuhan gadis yang berlaku. Semuanya bermula selepas Fendi menyarungkan cincin permata hitam yang dijumpai dalam laci arwah ayahnya. Biarpun mendapat amaran daripada ibunya, Fendi gagal menanggalkan cincin itu. Malah, segala kejadian yang berlaku itu tidak disedarinya. Bagaimanapun, Fendi menyedari dirinya dipergunakan Wak Man untuk mencapai tujuan sebenar. Fendi dirasuk Orang Minyak Lamin untuk membalas dendam terhadap keturunan musuhnya. Selain itu, Fendi juga sering mengalami mimpi aneh dalam tidurnya. Haris berkata, apa yang dimimpikan Fendi ialah kehidupan silam Orang Minyak Lamin sebelum berguru dengan Joyo. Ini berpunca daripada kematian Melati, isteri Lamin yang diperkosa dan dibunuh dengan kejam. Oleh itu, Lamin mahu membalas dendam. “Bagaimanapun, hasrat Lamin itu dihalang Pak Guru Anding dan ini menyebabkan dia menghilangkan diri. Lamin berguru dengan Joyo dan memenuhi syarat ditetapkan untuk memperoleh kekebalan serta kesaktian dirinya. Secara tidak langsung, dendamnya terlaksana. “Fendi pula apabila mengetahui dirinya dikuasai Lamin, sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri.

Pelakon sunting