Frontliner (Melayu: Barisan Hadapan) ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 arahan Razif Rashid. Berdasarkan dari satu kisah benar, ia berkisarkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor perubatan sehingga pekerja penghantar makanan memerangi penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Dibintangi oleh barisan pelakon ternama Malaysia, filem ini ditayangkan pada 30 September 2021 di Netflix.[1][2][3][4][5]

Frontliner
PengarahRazif Rashid
Dihasilkan olehAminahtul Mardiah Mohd Nor
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
D'Alpha Legacy
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
30 September 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
89 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Premis

sunting

Mengisahkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan melawan pandemik COVID-19 dalam beberapa bulan pertama. Filem ini merupakan bentuk penghargaan bagi para barisan hadapan yang telah berjuang demi negara. Doktor, jururawat, petugas hospital, polis, tentera, penghantar makanan, petugas kebersihan, antara barisan hadapan yang telah mengorbankan diri dan mengejar masa untuk menentang musuh yang tidak kelihatan demi keselamatan bersama.

Pelakon

sunting

Penerbitan

sunting

Frontliner ialah filem keempat terbitan D'Alpha Legacy dengan kos pembikinan sebanyak RM400,000. Penerbit filem ini, Aminahtul Mardiah Mohd Nor berkata pihaknya bercadang mahu menerbitkan sebuah naskhah ditujukan khas buat semua petugas barisan hadapan yang banyak menabur jasa sejak negara dilanda pandemik COVID-19.[8] Beliau mengatakan bahawa perjalanan yang diambil oleh pasukan penerbitannya amat "sukar", kerana mereka tidak dapat izin daripada agensi kerajaan untuk menggunakan kemudahan mereka, dan syarikat penghantaran makanan tidak mahu bekerjasama dengan mereka. "Nasib baik, ada beberapa individu dan organisasi yang menyokong kami sepenuhnya, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," kata Aminahtul Mardiah dalam satu catatan Facebook.[9] Penggambaran filem ini dijalankan selama hampir dua minggu pada pertengahan Ogos 2020 dan dilaksanakan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.[2][10]

Keluaran

sunting

Frontliner ditayangkan melalui penstriman secara dalam talian di Netflix pada 30 September 2021.[11][12] Filem ini pada asalnya untuk ditayangkan di Astro First pada 2020, namun ditolak akibat sebab yang tidak dapat dinyatakan.[9][13][14]

Menulis untuk portal Getaran, Wafa Aula berpendapat plot filem ini agak "longgar dan mendatar" sambil menambah "skripnya pula entah mengapa ada masanya kedengaran seperti sebuah leteran panjang".[15] Ahmad Fariszuan, menulis untuk portal filem Kakimuvee dalam ulasan retrospektif mengenai filem imi berkata: "Secara keseluruhannya, filem Frontliner ini bukan sebuah naskhah yang terbaik untuk menggambarkan usaha dan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19 namun segala usaha dan kerja yang diberikan oleh pihak produksi wajar diberikan sokongan".[16]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Filem Frontliner (Netflix)". My Infotaip. 22 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  2. ^ a b Madiha Abdullah (28 Ogos 2021). "'Frontliner' papar konflik dalaman, pengorbanan barisan hadapan". Astro Awani. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  3. ^ Azri Azizan (17 September 2021). "Inspired By Real-Life Events, Malaysians Can Watch Local Film "Frontliner" On Netflix Starting 30 Sept" (dalam bahasa Inggeris). World of Buzz. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  4. ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Oktober 2021). "Frontliner filem 'sampah'?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  5. ^ Ashraf Nasser (2 September 2020). "Filem "Frontliner" papar pengorbanan wira negara tangani COVID-19". Cinema Online. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  6. ^ "Azhan Rani tenang Frontliner dikritik". Media Permata. 4 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (6 Oktober 2021). "Achey terkesan tonton 'Frontliner', tak sangka jalan cerita sama dengan keadaan sebenar - "Bezanya dalam filem ibu saya meninggal sebab Covid-19"". mStar Online. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  8. ^ Zaidi Mohamad (29 September 2021). "'Jerih perih hasilkan Frontliner berbaloi'". Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  9. ^ a b Dennis Chua (21 September 2021). "#Showbiz: After a 'difficult' journey, 'Frontliner' gets a spot on Netflix" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  10. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (18 September 2020). "Frontliner inspirasi kisah benar". Kosmo!. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  11. ^ Izuan Jelani (17 September 2021). ""Ada Beto, Azhan Rani, mesti tengok" – Netizen Teruja Tunggu Movie 'Frontliner' Di Netflix, 30 Sept Ini". Lobak Merah. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  12. ^ "Kini Trending Di Netflix, Filem 'Frontliner' Dihujani Pujian & Kritikan". Harian Post. 1 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  13. ^ Nur Syamimi (21 September 2021). "Ditolak Stesen TV Berbayar, Filem Frontliner Bakal Ditayangkan Di Netflix 30 September Ini". The Vocket. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  14. ^ Farah Eliani (24 September 2021). "Ditolak stesen TV berbayar, akhirnya filem Frontliner bakal ditayang di Netflix 30 September ini". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  15. ^ Wafa Aula (5 Oktober 2021). "Filem 'Frontliner' Ada Tema Yang Bagus Tapi…". Getaran. Dicapai pada 11 Oktober 2021. Filem yang menelan belanja RM400,000 ini memaparkan apa yang terjadi semasa pandemik melanda negara.
  16. ^ Ahmad Fariszuan (3 Oktober 2021). "Review Filem: Frontliner (2021)". Kakimuvee. Dicapai pada 11 Oktober 2021.

Pautan luar

sunting