Mat Despatch (Siri TV)

Mat Despatch merupakan sebuah siri komedi yang disiarkan di TV1 selama lima musim dari tahun 1998 hingga 2002. Ia merupakan siri komedi yang popular dan dibarisi oleh pelakon-pelakon muda ketika itu yang kini sebahagian daripada pelawak terkenal negara selain beberapa daripada mereka beralih kerjaya ke bidang filem dan drama. Siri TV ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik.

Sinopsis sunting

Siri ii mengisahkan lima orang gadis lakonan Raja Azura, Sharifah Shahirah, Amyza Aznan, Enot dan Azza Elite yang mendapat kerja di satu tempat iaitu sebuah syarikat penghantaran surat/mel ekspres ketika zaman kegawatan ekonomi pada 1998. Tanpa memilih kerja, mereka bekerja di syarikat itu yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Di tempat itu mereka bertemu sekumpulan pekerja lelaki yang akhirnya menjadi kawan-kawan mereka. Elaina Johari (Raja Azura), seorang gadis tomboy yang memendam perasaan terhadap Azlan (Ijoy Azhari) tetapi Azlan menyukai rakaannya Nur (Melissa Saila). Dalam masa yang sama Elaina disukai oleh Aidil (Rusdi Ramli), tetapi duda pemalu itu bertepuk sebelah tangan. Setelah berulang kali mencuba , akhirnya Aidil berputus asa dan meninggalkan Elaina.

Impak sunting

Di penghujung dekad 90an, siri TV ini mencatat rating yang tinggi setiap minggu hingga bertahan selama lima tahun. Ia banyak melahirkan pelawak-pelawak wanita terkenal masakini seperti Raja Azura, Sharifah Shahirah, Enot, Azza Elite dan Amyza Aznan. Pun begitu, pelakon lelaki siri ini seperti Rusdi Ramli dan Haryanto Hassan kemudian lebih dikenali sebagai pelakon filem dan drama manakala Ijoy Azhari, Hairul Rickyno dan Zaidi Rock masih bergiat dalam drama-drama komedi. Menerusi siri ini juga populariti pelawak veteran Norlia Ghani kembali diingati hingga meraih gelaran Artis Komedi Wanita Popular 2002.

Senarai Pelakon sunting