Cinta Iris ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Raja Ilya, Ungku Ismail Aziz, Nazim Othman dan Zain Hamid. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 bermula 10 Julai 2015 hingga 6 November 2015.

Cinta Iris
GenreDrama
Dibangunkan oleh
Erma Fatima
Ditulis olehErma Fatima
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
PenyuntingAhmad Syahir
Lokasi
SinematografiMahadi Said
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal10 Julai 2015 – 6 November 2015

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9[1] dan Drama Sangat.[2]

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Iris Damia (Raja Ilya), pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sikap kasarnya ala-ala tomboy membuatkan ibunya risau jika dia tidak mempunyai teman lelaki. Namun dalam diam, Iris diminati oleh seorang jejaka bernama Shahir (Ungku Ismail) daripada jurusan Pengajian Islam. Keperibadian Shahir akhirnya berjaya melembutkan hati Iris dan mereka berkahwin. Kehidupan mereka sangat bahagia dan ditambah dengan berita Iris disahkan mengandung zuriat pertama mereka. Namun malang tidak berbau apabila bayi itu mati dalam kandungan Iris tanpa sempat dia dilahirkan. Iris begitu kecewa dengan kehilangan itu dan mula bangkit dengan membuka syarikat kecil miliknya. Ternyata tindakan nekad Iris membuahkan hasil apabila perniagaannya kini semakin berjaya, kredibilitinya mula diyakini dan syarikatnya mula menempa nama dalam bidang kejuruteraan. Iris meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Shahir untuk berurusan dengan pelanggan sehingga lewat malam. Kerana itu, Shahir mula berkenalan dengan seorang GRO bernama Leya (Tunku Hanis).

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Cinta Iris (2015): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 17 Oktober 2018.
  2. ^ Cinta Iris (2015): Episod Penuh. YouTube. Drama Sangat. Dicapai pada 12 Januari 2020.

Pautan luar sunting