Emelie Hanif

Pelakon wanita Malaysia

Puteri Emelie Norfarahin binti Mohd Hanif (lahir 2 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan merupakan peserta rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim pertama pada 2009.[1] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Marzia dalam telenovela popular Astro Prima, Dendam Aurora.[2]

Emelie Hanif
Kelahiran
Puteri Emelie Norfarahin binti Mohd Hanif

(1990-08-02) 2 Ogos 1990 (umur 33)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini

Kehidupan awal sunting

Emelie dilahirkan pada 2 Ogos 1990 di Ipoh, Perak dan berketurunan diraja Perak.[3] Beliau merupakan lulusan dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]

Kerjaya sunting

Bakat Emelie diperkenalkan oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang turut disertai oleh Ana Dahlia, Bella Dally dan Zulin Aziz.[5]

Beliau berlakon bersama Hanna Aqeela dan Putri Najwa dalam drama Dawai Asmara yang disiarkan di Slot Azalea TV3. Namanya mula mendapat perhatian umum sebaik sahaja beliau memegang watak sebagai Marzia dalam telenovela popular Astro Prima, Dendam Aurora yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Aurora.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Emelie merupakan dua pupu kepada pelakon Fathia Latiff. Selain itu, beliau juga bersahabat baik dengan Zulin Aziz yang juga finalis Pilih Kasih musim pertama. Emelie juga memiliki sebuah restoran yang beroperasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perak Selatan.[6]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 DenganMu Aku Berpaut TV AlHijrah
2013 Diandra Sofea TV3
Kerana Sarah Edylaen TV3
2014 Kifarah 2 Tina TV3 Episod: "Panjang Tangan"
Bila Hati Berbicara TV3
Suamiku Encik Sotong Astro Ria
Fajar Aiman Mazni TV3
2015 Memori Cinta #3 HyppTV
Kahwin Muda TV3
Cinta Iris TV9
Cik Bunga Encik Sombong Peah Astro Ria
2016 Anakku Diva TV3
Dawai Asmara Shiera TV3
Kopi Sentul Mocha Santorini TV1
Akadku Yang Terakhir Zulaikha TV3
2017 Seharum Mawar TV1
Dendam Aurora Marzia Astro Ria
2018 Jangan Benci Cintaku Nelly TV3
Cinta Koko Coklat ntv7

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Nota Untuk Sang Awan TV2
2015 Lima Kali Cinta TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk
2017 Dara Ka Janda

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2009 Pilih Kasih (Musim 1) Dirinya sendiri/Peserta RTM

Pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Pilih Kasih Finalis

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Emelie Hanif Encik Shino (1 Oktober 2017). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Mei 2016). "Selesa watak gila-gila". Harian Metro. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  3. ^ "Dibesarkan dalam keluarga biasa dan tak bermewah". Nona. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  4. ^ a b Ifqdar Rahman (12 November 2017). "Siapa Marzia, gadis ego dalam Dendam Aurora?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  5. ^ Ifqdar Rahman (22 Mac 2016). "Biarlah tak popular". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Julai 2018. Mengakui kurang mendapat publisiti, Emelie Hanif bersyukur tetap diberi peluang berlakon.
  6. ^ "Emelie gemar sandwic penuh sayur". Harian Metro. 26 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-27. Dicapai pada 27 Julai 2018.

Pautan luar sunting