Diandra merupakan sebuah siri drama komedi romantik Malaysia 2013 arahan Eoon Shuhaini terbitan Asia Media Content, dibintangi oleh Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza sebagai pelakon utama. Siri ini disiarkan di Slot Lestary TV3 bermula 20 Ogos 2013 hingga 12 November 2013.[1][2]

Diandra
GenreDrama
Cinta
Remaja
Komedi
Ditulis olehNor Shuhadatul Ain Zakaria
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Fathia Latiff
Aiman Hakim Ridza
Lagu pembukaanPutih-Putih Melati - ST-12
Lagu penutupPutih-Putih Melati - ST-12
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifSuriyati Sidek
PenerbitJS Foo
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal20 Ogos 2013 – 12 November 2013
Kronologi
MengikutiKisah Cinta
Diikuti olehKu Cinta Kau Seorang

Sinopsis sunting

Diandra (Nur Fathia), atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.

Adam Fahmi (Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh. Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas.

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih. Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra.

Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya. Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

  • "Putih-Putih Melati" - ST12
  • "Lepaskan" - Wanna Ali
  • "Cinta Butakanku" - Phoema
  • "Jadian" - The Junas Monkey
  • "Be Mine" - Tasha Manshahar & Syed Shamim
  • "Setelah Hujan" - Sakura Band
  • "ILU, IMU, INU (I Love You, I Miss You, I Need You)" - Sakura Band

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Diandra Lakonan Aiman Hakim Ridza & Nur Fathia Sensasi Selebriti (16 Ogos 2013). Diperoleh pada 20 Ogos 2018.
  2. ^ Keserasian Fathia & Aiman Cetuskan Konflik Dalam 'Diandra' Malaysia Digest (19 Ogos 2013). Diperoleh pada 20 Ogos 2018.

Pautan luar sunting