Nor Shuhadatul Ain Zakaria

Penulis skrip Malaysia

Nor Shuhadatul Ain Zakaria merupakan seorang penulis skrip Malaysia, terkenal dengan hasil penulisan skrip untuk filem dan drama TV. Pada mulanya beliau menulis diari dan puisi, beliau beralih ke bidang penulisan skrip.[1] Pada 2009, skrip filem Syurga Cinta hasil nukilan beliau menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-22 bagi Cerita Asal Terbaik.

Kerjaya

sunting

Nor Shuhadatul Ain memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penulisan dengan menulis diari dan puisi. Semasa menjalani latihan amali di konglomerat media Media Prima Berhad, Kamarul Zamli Ramly, penerbit ntv7 ketika itu memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menulis 4 episod rancangan Asam Garam. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pengajian Media (Penyiaran) dengan kepujian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau ditawarkan bekerja dengan MIG milik penerbit filem David Teo dan pihaknya memberikan seorang mentor kepadanya untuk belajar menulis skrip.[2]

Filemografi

sunting
  • Syurga Cinta (2009)
  • Vanila Coklat The Movie (Tidak ditayangkan)

Telefilem

sunting
  • Cinta Itu Buta (2008)
  • Lu’Lu (2009)
  • Mataku Nampak Hantu (2009)

Pencapaian

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Cerita Asal Terbaik Nor Shuhadatul Ain Zakaria Syurga Cinta Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Azwa Rahman (29 Julai 2016). Bagaimana Gadis Ini Bergelar Penulis Skrip Drama Popular Rojak Daily. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  2. ^ Julia Ismail (8 September 2009). Karier penulisan skrip Diarkibkan 2018-12-14 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2018.

Pautan luar

sunting