Raja Ilya

Pelakon wanita Malaysia

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas (2015–2018).

Raja Ilya
Kelahiran
Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad

(1985-07-11) 11 Julai 1985 (umur 38)
Nama lainRaja Ilya, ilya momat
PendidikanIjazah dalam Pengurusan Perniagaan
PekerjaanPelakon, model, usahawan
Tahun aktif2008–kini
PasanganGarrett Trent (k. 2018)
Anak-anak0
Ibuchek puan ..... binti ......
BapaRaja Mohammad bin raja .......

Kehidupan dan kerjaya sunting

Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan India Malabari merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara. Beliau fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Malayalam.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.[1][2] Beliau juga telah berlakon di dalam beberapa drama Tamil RTM TV2.

Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.[3]

Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas.[4][5] Ilya mempunyai peranan sebagai Rina dalam telefilem Jelmaan untuk siaran di Astro First Eksklusif.[6][7]

Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.[8]

Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.[9][10][11][12][13]

Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.[14]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018.[15][16]

Gempak Superstar sunting

Persembahan sunting

Raja Ilya merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Terukir Di Bintang" nyanyian asal Yuna
  2. Minggu 2: "Selamat Malam" nyanyian asal Faizal Tahir
  3. Minggu 3: "Pulangkan" nyanyian asal Misha Omar
  4. Minggu 4: "Janam Janam" nyanyian asal Arijit Singh

Carta penyingkiran sunting

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
7 Ilya Kekal ke-7 ke-9 (3 tercorot) Tersingkir

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Estet Tidak dikreditkan
2010 Janin
2011 Appalam Shruti
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Azura Hanim
Pilot Cafe Suzanna
2017 Soulmate Hingga Jannah Rokiah
Luqman Ayu Kencana
2019 Banglasia Laboni
Felina Felina
KL Vampires Ratu Citra Sari

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Kekasihku Seru Mas Dahlia TV3
2009 Kala Hati TV3
2010 Biru Cinta Laguna
2012 Mana Hilangnya Juwita Astro Ria
Tiara Suzila Astro Prima
2013 Epilog Cinta Khirana Eugene TV3
2013 Dahlia Haliza Astro Mustika HD
Love You Mr. Arrogant Saffiya TV3
2014 Seludup Rina Astro Prima
Bila Hati Berbicara Babe TV3
Kalimah Jiwa Tiara TV3
Tanah Kubur (Musim 11) Salwa Astro Oasis Episod: "Mayat Terapung"
2015 Cinta Ibadah Ratna Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 13) Astro Oasis Episod: "Ibulah Syurga"
2015–18 Gerak Khas Inspektor Shakila TV2
2015 Tuan Anas Mikael Safra Ariana Astro Ria
2016 Cinta Masam Manis Tasya TV3
Anjali Astro Vaanavil
2017 Dia Bidadariku Suzzanna Astro Ria
2020 Leon Zalika Farha TV Okey
2021 Juliet TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Malam Tujuh Likur
2010 Penghujung Rindu
2011 I Know What You Did Last Deepavali
2011 Pantai Keramat
2013 Aku Bukan Malaikat
Salahkah Aku TV3
2015 Jelmaan Rina Astro First Eksklusif
2016 Lorong Kecil Ke Syurga TV9

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Gempak Superstar Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2015 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Baru Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2016 Anugerah Sri Angkasa 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (TV) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Taufik Batisah) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Marina Shabudin (19 Ogos 2015). Raja Ilya tahu jaga batas Sinar Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  2. ^ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0818&pub=kosmo&sec=hiburan&pg=hi_02.htm
  3. ^ Raja Ilya gementar dengan Aaron Aziz Cari.com.my. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  4. ^ Raja Ilya Tak Bimbang Populariti Terjejas Kerana 'Gerak Khas 2016' mSTAR Online (14 Februari 2016). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  5. ^ Aqmar Mustaza (18 Februari 2016). Gerak Khas lunas impian Raja Ilya Sinar Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  6. ^ Budiey (24 Oktober 2015). Sinematografi terbaik filem jelmaan lakonan Raja Ilya Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Oktober 2015.
  7. ^ Kemalia Othman (6 Disember 2014). Raja Ilya lalui pengalaman seram di Indonesia mStar Online. Dicapai pada 4 Mei 2015.
  8. ^ Raja Ilya akan terus menyanyi - Video Astro Awani (5 Mei 2016). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  9. ^ Kenneth Chaw (February 9, 2017). Update: Malaysian actress Raja Ilya to appear in Marvel film? Star2. Retrieved June 11, 2017.
  10. ^ Dan Zinski (February 18, 2017). Malaysian Actress Raja Ilya Has A Secret Marvel Role Screenrant. Retrieved June 11, 2017.
  11. ^ Adam Holmes (February 18, 2017). [1] Cinemablend. Retrieved June 11, 2017.
  12. ^ Raja Ilya bintangi filem terbitan Marvel? Astro Awani (11 Februari 2017). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  13. ^ [2] Astro Gempak (21 Februari 2017). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  14. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (27 September 2016). Raja Ilya nafi ditaja buka kedai kopi Berita Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  15. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (27 Disember 2018). Raja Ilya nikah jejaka Australia 23 Disember lalu Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  16. ^ Syahirah Mokhtazar (24 Disember 2018). #Showbiz: Raja Ilya weds Australian beau New Straits Times. Dicapai pada 29 Disember 2018.

Pautan luar sunting