Appalam merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2010 arahan Afdlin Shauki.[1][2][3] Ia merupakan versi bahasa Tamil bagi filem Papadom (2009), juga arahan Afdlin.[4][5] Ia berkisarkan tentang seorang bapa, Appalasamy, yang selain peranannya sebagai bapa kepada anak perempuannya, Shruti, terpaksa mengambil peranan ibu atas kematian isterinya secara tiba-tiba.

Appalam
PengarahAfdlin Shauki
Penulis
  • Sasitharan Rajoo
  • Afdlin Shauki
Lakon layar
  • Afdlin Shauki
  • Sasitharan Rajoo
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
Disunting olehSasitharan Rajoo
Muzik olehR. Lawrence
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
25 November 2010
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaTamil
BajetRM1.5 juta

Filem ini menjadi filem pertama Tamil Malaysia yang dirakamkan dalam format filem 35mm dalam tempoh 24 tahun. Ia dikeluarkan pada 25 November 2010 di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Tamil Nadu,[6] dan menerima pelbagai ulasan positif oleh pengkritik. Appalam juga muncul sebagai filem Tamil yang paling banyak dihasilkan secara tempatan sepanjang zaman sebelum Maindhan pada tahun 2014.[7]

Plot sunting

Samy menyara keluarga melalui gerai kecil menjual nasi daun pisang dan appalam yang mendapat sambutan kerana keenakan resipi turun-temurunnya. Samy dan isteri, Nalaini kemudian dikurniakan bayi perempuan, Shruti. Samy berazam untuk memberi kesenangan kepada Nalaini dan Shruti. Perniagaan Samy semakin maju dan beliau berjaya membuka restoran bersama kawan-kawan baiknya, Hassan dan Wong. Namun ada harga yang terpaksa dibayar. Samy semakin sibuk dengan perniagaan makanan, menyebabkannya kurang memberi perhatian terhadap keluarga terutama si kecil, Shruti.

Shruti 10 tahun… Nalaini terlibat dalam kemalangan semasa bergaduh dengan Samy di talian telefon. Wasiat Nalaini agar Samy menjaga Shruti dengan baik. Samy berjanji akan menunaikannya. Bermulalah kehidupan Samy sebagai ibu dan bapa kepada Shruti. Segala keperluan Shruti disediakan dan segala pergerakan Shruti diperhatikan. Shruti 17 tahun… Shruti semakin rimas dengan sikap bapa yang melayannya seperti anak kecil yang perlu dikawal itu ini. Selepas SPM, Shruti mahu belajar di Kuala Lumpur agar dia mampu berdikari. Samy bersetuju membenarkan Shruti pergi bersama kawan baiknya, Siti. Namun,tanpa pengetahuan Shruti, Samy momohon kerja sebagai tukang kebun di kolej agar dia sentiasa dapat mengawasi Shruti.

Shruti memulakan kehidupan baru di kampus tanpa gangguan bapanya. Dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia, antaranya Shasha, Booty Slap dan Vassan. Shruti mula berubah sejak berkawan rapat dengan Booty Slap, tanpa menyedari yang pemuda tersebut sebenarnya berniat jahat. Shasha rasa cemburu kerana dia beranggapan dirinya lebih popular berbanding Shruti. Samy pula tanpa jemu meneruskan misi ’rahsia’ mengintip pergerakan Shruti, antaranya rancangan menggagalkan siri temujanji Shruti dan Booty Slap. Pelbagai perkara pelik dilakukan oleh Samy termasuk mengajar Vassan bagaimana mahu menambat hati Shruti, mengajak Vassan mengekori Shruti dan Booty Slap, serta menyamar menjadi hantu untuk menakutkan Booty Slap.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Filem ini diumumkan oleh Afdlin Shauki pada November 2009 di acara tayangan perdana filem My Spy arahannya. Afdlin mengumumkan bahawa filem Papadom akan diterbitkan semula dalam versi Tamil untuk pasaran kaum India.[10] Versi Tamil Papadom diberi tajuk Appalam, dan dibintangi oleh Gana Pragasam sebagai Appalasamy sebagai padanan kepada Saadom dan pelakon baru Raja Ilya sebagai Shruti (padanan Miasara, anak perempuan Appalasamy), namun masih mengekalkan khidmat Afdlin selaku pengarah untuk filem ini.[11] Afdlin menjelaskan perbezaan versi Tamil dengan filem asalnya, "Perbezaan utama Appalam dan Papadom adalah hubungan anak perempuan dengan ayahnya yang lebih beremosi. Tambahan pula, hubungan ayah dan anak yang ditonjolkan dalam keluarga India berbeza dengan keluarga Cina dan Melayu." Penggambaran Appalam dijalankan pada awal 2010.[11] Tambahnya lagi, watak Shruti berbeza dengan Miasara kerana mengejar cita-cita sebagai penari, dan bukan bergiat dalam industri perfileman.[12] Kos pembikinan filem ini dianggarkan mencecah RM1.5 juta dan menjadi filem India tempatan pertama selepas 24 tahun yang diterbitkan dalam format filem 35mm.[13]

Keluaran dan sambutan sunting

Appalam dikeluarkan pada 25 November 2010.[14]

Runut bunyi sunting

Appalam
Runut bunyi oleh
R. Lawrance
Dilancarkan pada2011
TempatMalaysia  
GenreRunut bunyi
BahasaTamil
SyarikatTayangan Unggul
PengedarLFS Cinemas  
PengarahAfdlin Shauki  
PenerbitDaddy Shaq
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini
No.TajukSeni kataPenyanyiMasa
1."After Life"Dr. BurnDr. Burn2:51
2."Thanai Vanthe"R. LawranceN. Kalaivani3:28
3."Uchakattam"Dr. BurnDr. Burn, Masta K dan Micheal Rao2:15


Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2012 Festival Filem India Malaysia 2012[15] Filem Terbaik Appalam Menang
Anugerah Tamil Malaysia 2012 Menang
Pelakon Wanita Terbaik Raja Ilya Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Appalam - Tamil version of Malay film Papadom to hit the screens". Merinews. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2018. Dicapai pada 5 November 2011.
  2. ^ "Appalam Cast and Crew". Pluz Cinema. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-08. Dicapai pada 2018-02-08.
  3. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (3 April 2010). "Appalam adaptasi Papadom". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  4. ^ Nur Safina Othman (11 Mac 2010). ""Appalam" more emotional". Cinema Online. Dicapai pada 5 November 2011.
  5. ^ Murshid Eunos (28 Mac 2010). "Appalam bukan Papadom". Metro Ahad. Dicapai pada 5 November 2019.
  6. ^ Ezekiel Lee Zhiang Yang (17 November 2010). "Fireworks at Appalam premiere". Cinema Online. Dicapai pada 5 November 2011.
  7. ^ Sharmila Nair (18 September 2014). "How the director of local Tamil film 'Maindhan' beat the odds". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2017. Dicapai pada 5 November 2019.
  8. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (19 Mac 2010). "Semakin selesa bergelar pelakon". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2019.
  9. ^ "Jac puas lakon Papadom versi Tamil". Harian Metro. 5 April 2010. Dicapai pada 5 November 2019.
  10. ^ "Versi Baru & Sekuel PAPADOM". Tupai.com.my. 29 Nov 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-30. Dicapai pada 5 Mac 2010.
  11. ^ a b "APPALAM dijangka lebih beremosi!". Tupai.com.my. 3 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-13. Dicapai pada 5 Mac 2010.
  12. ^ Thani Hasbullah (3 Mac 2010). "Sharifah Amani Hampir Diperkosa?". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-04. Dicapai pada 5 Mac 2010.
  13. ^ Shazryn Mohd Faizal (1 Disember 2010). "Filem Tamil versi Afdlin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2011. Dicapai pada 5 November 2011.
  14. ^ Wahiduzzaman (24 November 2010). "Keupayaan Afdlin dalam 'Appalam'". mStar Online. Dicapai pada 5 November 2011.
  15. ^ Peter Chai (17 Januari 2012). ""Appalam" gets Best Film in India". Cinema Online. Dicapai pada 5 November 2012.

Pautan luar sunting