Suamiku, Encik Perfect 10!

Suamiku, Encik Perfect 10! merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2015 arahan Feroz Kader dalam penampilan sulung arahannya. Diadaptasi dari novel asal 2012 bertajuk sama karya Syamnuriezmil, filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai pelakon utama dengan Syazwan Zulkifly, Raja Ilya, Jasmin Hamid dan Jehan Miskin sebagai pelakon pembantu.[1][2][3]

Suamiku, Encik Perfect 10!
Poster filem Suamiku, Encik Perfect 10.jpg
PengarahFeroz Kader
Penerbit
BerdasarkanNovel asal oleh Syamnuriezmil
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarTayangan Unggul
Mula ditayangkan
22 Januari 2015
Tempoh tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 2.9 juta

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pelajar, Aleesya Azmeen (Lisa Surihani) yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri dengan Zarief Daniel (Aaron Aziz) selama seminggu di Malaysia selepas mengandungkan anak teman lelakinya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly) di London. Konflik mula muncul apabila tunang Zarief Daniel, Azura Hanim (Raja ilya) meminta perkahwinan mereka dipercepatkan dan Syed Muzaffar menagih kembali cinta Aleeya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Januari 2015.

SinopsisSunting

Zarief Daniel (Aaron Aziz), seorang ahli perniagaan yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur telah terserempak dengan seorang pelajar perubatan, Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) di lapangan terbang Heathrow. Hasil pertemuan ini menjadi titik tolak mereka menjadi suami isteri palsu selama seminggu. Semasa di London, pelajaraan Aleeya musnah pada separuh jalan gara-gara ditinggalkan kekasihnya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifli) setelah mereka terlanjur. Setelah dibuang kolej, Aleeya mengambil keputusan balik ke Malaysia. Ketika di lapangan Heathrow itulah dia bertemu dengan Zarief Daniel dan dalam penerbangan yang panjang dari Kota London ke Kuala Lumpur itulah Aleeya meluahkan masalahnya kepada Zarief. Lalu Zarief sanggup menjadi suami palsu demi menyelamatkan Aleeya.

Dalam tempoh lakonan itu, terbit satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan sehingga Zarif terlupa tanggungjawab terhadap tunangnya iaitu Azura Hanim (Raja Ilya). Dalam kekalutan ini, tanpa diduga muncul Syed Muzaffar yang ingin menagih kembali cintanya dan bertanggungjawab terhadap anak yang dikandung Aleeya. Syed Muzaffar dan keluarganya hanya inginkan anak tersebut untuk mewarisi harta yang bakal diwarisi.

Dalam situasi ini, Zarief dan Aleeya masing-masing bingung dan keliru dalam menentukan pasangan hidup. Zarief juga dalam dilema untuk memilih Aleeya atau tunangnya, seorang model terkenal telah mendesak agar perkahwinan mereka dipercepatkan tanpa Zarief mengetahui niat sebenar Azura. Ketika Zarief sibuk dengan kerjaya di London, United Kingdom, Azura telah menjalinkan hubungan teman tapi mesra bersama Akram (Jehan Miskin). Kesetiaan Azura teruji apabila dia sah mengandungkan anak Akram hasil hubungan itu.

PelakonSunting

Pelakon utama filem Suamiku, Encik Perfect 10
Aaron Aziz
Lisa Surihani

PenerbitanSunting

Filem ini merupakan filem pertama selepas 4 tahun yang mengandingkan Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai teraju utama selepas kali terakhir mereka digandingkan ialah di dalam filem Ombak Rindu pada tahun 2011.[6][7] Produksi filem ini dilakukan pada tahun 2013. Filem ini menjalani pengambaraan di Malaysia dan London selama 20 hari.[8][9]Watak Zarief yang dibawa oleh Aaron Aziz merupakan dari Kedah yang menyebabkan dia terpaksa bercakap dengan menggunakan loghta utara di dalam filem ini.[10][11][12][13]Kedua-dua teraju utama filem ini mengakui bahawa mereka tidak pernah membaca novel asal dan hanya berpandukan kepada skrip filem.[14]Asalnya filem ini dihasilkan dalam format supertele bagi siaran Astro First Eksklusif sebanyak dua episod tetapi selepas dipertimbangkan jalan cerita serta mutu lakonan yang bagus, ia akhirnya diangkat ke layar perak.[15]Perkara ini menyebabkan banyak babak terpaksa dipotong untuk memendekkan durasi filem ini kepada dua jam sahaja.[16][17][18]

Keluaran dan sambutanSunting

TayanganSunting

Tayangan perdana untuk filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Januari 2015.[19]Filem ini ditayangkan kepada umum pada 22 Januari 2015.

Kutipan pecah panggungSunting

Filem ini mendapat RM 1.5 Juta selepas seminggu ditayangkan.[20]Selepas 11 hari tayangan, filem ini mengumpul RM 2.2 Juta[21] Filem ini akhirnya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 2.9 Juta.

Ulasan kritisSunting

Ulasan bagai filem ini rata-ratanya positif. Kebanyakkan penonton memberikan respon positif mengenai filem ini.[22] Izwan Mohd. Isa dari Kosmo memuji mesej moral dan lakonan para pelakon filem ini.[23] Portal berita Postmetro.net memuji pemilihan pelakon utama dan penceritaan yang menarik.[24]Portal perfileman Backstage.my pula mengkrtik jalan cerita filem ini yang hanyalah bertaraf drama televisyen yang diselamatkan oleh pelakon bermutu wayang.[25]

MuzikSunting

Lagu tema untuk filem ini ialah "Seluruh Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Lagu ini telah dilancarkan asalnya pada 28 November 2014 untuk pasaran Indonesia sebelum dipasarkan di Malaysia sebagai OST filem ini pada 9 Janauri 2015.

AnugerahSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[26] Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Dicalonkan
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Raja Ilya Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era 2016 Filem Meletop Zaiton Mohd. Jiwa, Renu Sharan & Najwa Abu Bakar Dicalonkan
Bintang Filem Meletop Aaron Aziz Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Aaron Aziz Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Feroz Kader Dicalonkan
Pengarah Baru Terbaik Dicalonkan
Pelakon Baru Wanita Terbaik Raja Ilya Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ "Jahatkah Saya? - Raja Ilya". Utusan Malaysia. 21 Januari 2015. Diarkib daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  2. ^ "Demam adaptasi novel". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  3. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2015). "Lisa Surihani, Aaron Aziz kembali dengan Suamiku Encik Perfect 10!". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 26 Februari 2020. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  4. ^ http://www.bakul2011.com/2015/01/review-filem-suamiku-encik-perfect-10.html
  5. ^ http://norfanil.com/suamiku-encik-perfect-10-adaptasi-novel-di-astro/
  6. ^ http://www.rotikaya.com/aaron-aziz-nafi-babak-pegang-bra-adegan-lucah/
  7. ^ http://www.orangmuda.tv/2013/09/25/aaron-belajar-dialek-utara/
  8. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/suamiku-encik-perfect-10-taruhan-feroz-kader-1.349224
  9. ^ http://beritaharian.sg/gah/hiburan/keikhlasan-rahsia-lisa-serasi-dengan-aaron
  10. ^ http://news.asiaone.com/news/showbiz/aaron-aziz-set-play-good-boy-telefilm
  11. ^ http://merdeka-online.com/home/aaron-aziz-masih-laku/
  12. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/filem-suamiku-encik-perfect-10-1.49159
  13. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/raja-ilya-dan-barisan-pelakon-filem-suamiku-encik-perfect-10-1.50539
  14. ^ http://www.hmetro.com.my/node/24497
  15. ^ http://www.sarawakiana.net/2015/01/bakat-lisa-surihani-tidak-hanya.html
  16. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/15/suamiku-encik-perfect/
  17. ^ http://www.tupai.com.my/2015/01/adegan-suamiku-encik-perfect-10.html
  18. ^ http://www.pepatung.com.my/hiburan/filem/10-yang-sempurna-dalam-suamiku-encik-perfect-10.htm
  19. ^ http://www.budiey.com/kejutan-menanti-di-malam-gala-filem-suamiku-encik-perfect-10/
  20. ^ http://www.guahavoc.com/2015/02/demam-suamiku-encik-perfect-10-semakin-merebak/
  21. ^ http://beautifulnara.com/filem-suamiku-encik-perfect-10-kutip-rm2-2-juta-dalam-11-hari/
  22. ^ http://www.kakitonton.com/2015/01/suamiku-encik-perfect-10-komen-peminat.html
  23. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
  24. ^ http://postmetro.net/suamiku-encik-perfect-10-kembalikan-kepercayaan-peminat-filem-tempatan/
  25. ^ http://www.backstage.my/index.php/ulasan-filem-suamiku-encik-perfect-10-1592/
  26. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Oktober 2015.

Pautan luarSunting