Dahlia adalah merupakan sebuah drama lipurlara yang ditayangkan di Astro Mustika HD bagi menggantikan drama Sehangat Asmara yang telahpun melabuhkan tirainya. Drama arahan Pali Yahya ini disiarkan sebanyak 40 episod bermula 22 April 2013 setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Drama ini dibintangi oleh Dira Abu Zahar, Hans Isaac, Raja Ilya, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Dahlia
GenreKeluarga
Cinta
Melodrama
Ditulis olehMaizura Mohd Ederis
Zuli Ismail
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Dira Abu Zahar
Hans Isaac
Raja Ilya
Faizal Hussein
Lagu pembukaan"Bisikan Rinduku" nyanyian Dayang Nurfaizah
Lagu penutup"Bisikan Rinduku" nyanyian Dayang Nurfaizah
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutifShahazlin Hamzah
PenerbitDatin Zaiton Mohd. Jiwa
Tempoh siaran24-26 minit per episod
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Siaran asal22 April 2013 – 22 Julai 2013
Kronologi
MengikutiSehangat Asmara
Diikuti olehJodoh Itu Milik Kita

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan tentang Dahlia (Dira Abu Zahar) yang pada mulanya hidup bahagia bersama Razman (Hans Isaac). Namun segalanya berubah setelah Dahlia mendapati yang Razman berlaku curang dengan kawan baiknya sendiri, Haliza (Raja Ilya). Dahlia bertekad untuk bercerai dengan Razman setelah dia kehilangan segala-galanya angkara Haliza dan ingin memulakan hidup baru selepas bercerai. Dahlia kemudian bertemu dengan Fuad (Faizal Hussein), seorang ahli korporat baik hati yang sudi membantunya dikala ditimpa kesusahan. Razman kemudian mengahwini Haliza. Namun rumahtangga mereka mula bermasalah apabila mereka sering bertengkar. Ini disebabkan Haliza mengetahui bahawa Razman masih berhubung dengan bekas isterinya itu. Hal tersebut membuatkan Haliza bertekad untuk terus menyusahkan hidup Dahlia. Namun Razman akhirnya didapati telah meninggal dalam satu kemalangan. Haliza yang tertekan dengan kematian Razman kemudian menghilangkan diri.

Namun dikala kebahagiaan mula menyapa hidup Dahlia, dia dikejutkan dengan kemunculan semula Haliza selepas kematian Razman. Sementara itu, Haliza yang masih berdendam dan berasa iri hati dengan kebahagiaan yang kini dikecapi Dahlia kemudian bertindak ingin memusnahkan hidup Dahlia. Bagaimanapun akhirnya, perbuatannya itu kembali memakan dirinya sendiri apabila Haliza ditemui mati dalam kemalangan ketika mencuba untuk membunuh Dahlia. Kini hidup Dahlia semakin baik apabila Dahlia telah menemui kebahagiaannya dengan Fuad setelah melalui semua dugaan dalam hidupnya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting