Terlanjur Cinta (drama)
Terlanjur Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Siti Saleha dan Aqasha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 20 November 2012 hingga 7 Januari 2013.[1]
Terlanjur Cinta | |
---|---|
Genre | Drama, agama, keluarga |
Dibangunkan oleh | Erma Fatima |
Ditulis oleh | Ummu Hani Hassan |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Sinematografi | Zamzuri Aripin |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | |
Siaran asal | 20 November 2012 – 7 Januari 2013 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]
SinopsisSunting
Mengisahkan tentang cinta Nia (Siti Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati. Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya. Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat. Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Siti Saleha sebagai Nia
- Aqasha sebagai Fareth
Pelakon pembantuSunting
- Marsha Milan sebagai Amanda
- Nazim Othman sebagai Amrin
- Zul Ariffin sebagai Izam
- Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Zahidi
- Sharifah Nadia sebagai Azura
- Miera Leyana sebagai Nadila
- Sharifah Sakinah sebagai Balkis
Pelakon undanganSunting
- Raja Ema sebagai Puan Sri Atilia
Undangan khasSunting
RujukanSunting
- ^ Budiey (3 Januari 2013). "Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Julai 2013.
- ^ Terlanjur Cinta (2012): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 22 Oktober 2018.