AI.5YA ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan bersama Afdlin Shauki dan adiknya, Aizam Syamsul Aksan dengan skrip oleh Afdlin dan Christina Orow. Dibintangi oleh Zizan Razak, Mia Sara Shauki dan Afdlin sendiri, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu bermula 18 Ogos 2022 sehingga 15 September 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1][2][3][4]

AI.5YA
GenreCereka sains, komedi, fantasi
PenciptaAfdlin Shauki
Ditulis oleh
  • Afdlin Shauki
  • Christina Orow
  • Keroz Nazri
  • Liyana Haley T.A.
  • Gavin Yap
  • Amirul Zain
  • Ashraf Modee Zain
Pengarah
  • Afdlin Shauki
  • Aizam Syamsul Aksan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
  • Imillya Roslan (Viu)
  • Afdlin Shauki
  • Vinod Sekhar
Penerbit
  • Noradyman Sulaiman
  • Shahril Fahazami Musa
PenyuntingAizam Syamsul Aksan
LokasiMalaysia
SinematografiRidzuan Dzulkifeli
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran25–30 minit
Syarikat penerbitan
Petra Vision Works
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Ogos 2022 – 15 September 2022
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Jehan ialah seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.

Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh. Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

AI.5YA ialah idea asal oleh Afdlin Shauki yang mana beliau turut berkhidmat sebagai pengarah bersama adiknya, Aizam Syamsul. Afdlin berkata, beliau mendapat inspirasi untuk menerbitkan sitkom tersebut pada 2020 ketika negara dilanda pandemik COVID-19.[6][7] Untuk drama ini, beliau mahu penonton menikmati hiburan urban di samping mengekalkan budaya tempatan terutama penggunaan bahasa Melayu.[8][9]

Anak sulungnya, Mia Sara Shauki yang terkenal dengan lakonannya dalam Wizards of Warna Walk dan Histeria The Series, dipilih sebagai pelakon utama dengan melakonkan watak tajuk. Menurut Afdlin, keputusan untuk memilih anaknya sebagai teraju utama ialah kerana beliau yakin dengan kredibiliti yang ditonjolkan oleh Mia Sara sebelum ini. Zizan Razak melakonkan watak sebagai Jehan, seorang pencipta kandungan. Ditanya mengenai pemilihan Zizan, Afdlin berkata untuk watak lakonan Zizan, beliau tidak mahu Zizan menjadi dirinya sendiri sebaliknya mahu pelawak itu memahami wataknya.[8]

Keluaran sunting

AI.5YA memulakan siaran di Viu bermula 18 Ogos 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[10][11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k "Drama AI.5YA (Viu)". My Infotaip. 19 Ogos 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  2. ^ Aphit J. (21 Ogos 2022). "Zizan Razak, Afdlin Shauki Dan Mia Sara Shauki Digabungkan Dalam Sitkom Sci-Fi Terbaru Di Viu". Murai.my. Dicapai pada 5 September 2022.
  3. ^ "Viu lancar AI.SYA, sitkom keluarga sci-fi". BERNAMA. 22 Ogos 2022. Dicapai pada 5 September 2022.
  4. ^ Izzat Aziz (24 Ogos 2022). "Viu Umum Segmen 'Lokal Lah' Bersempena Hari Merdeka, Fokus Kandungan Tempatan Seperti Siri Mengenai Android – AI.5YA". Aksiz. Dicapai pada 1 Disember 2022.
  5. ^ Izwan Isa (21 Ogos 2022). "Enggan Buang Masa, Zizan Razak Mahu Bercinta Lepas Kahwin - "Itu Lebih Saya Suka"". Astro Gempak. Dicapai pada 5 September 2022.
  6. ^ Nur Emira Saizali (30 Ogos 2022). "AI.5YA – Kembalikan drama sains fiksyen". Kosmo!. Dicapai pada 5 September 2022.
  7. ^ Aref Omar (22 Ogos 2022). "#Showbiz: Robotic high jinks" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 September 2022.
  8. ^ a b Farol Hadi (24 Ogos 2022). "Drama Sci-Fi dengan citarasa sitkom tempatan, siri Viu Original 'AI.5YA' bawa penonton selami sudut pandang sebuah robot". mStar Online. Dicapai pada 5 September 2022.
  9. ^ Wafa Aula (26 Ogos 2022). ""Kita Pentingkan Bahasa Melayu Sepenuhnya" – Afdlin Shauki, Drama 'AI.5YA' Gabung Komedi, Sci-fi". Getaran. Dicapai pada 5 September 2022.
  10. ^ "Tonton sitkom sci-fi AI.5YA di platform Viu Original". URTV. 29 Ogos 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  11. ^ Yat Kean (19 Ogos 2022). "Viu's AI.5YA set to stream from 18 Aug 2022, sci-fi and family sitcom featuring Zizan Razak, Dato' Afdlin Shauki and Mia Sara Shauki" (dalam bahasa Inggeris). Trend GRND. Dicapai pada 4 September 2022.

Pautan luar sunting