Cinta Untuk Raf ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Zek Zukry dibintangi Luqman Hafidz dan Sasqia Dahuri. Diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Rabihah Nur Ridhuan, siri ini memulakan tayangan di Slot Bidadari (TV1) bermula 15 Februari 2021[1].

Cinta Untuk Raf
Genre
Berdasarkan daripada
Cinta Untuk Raf
karya Rabihah Nur Ridhuan
Ditulis olehAdza Emie
PengarahZek Zukry
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mempercayaimu" oleh Mina Amira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Open Echo Communications Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Bidadari)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Februari 2021 – 23 Mac 2021

Sinopsis sunting

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Pelakon sunting

Rujukan sunting