Melissa Alexander Campbell (lahir 25 Februari 1991) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Puteri Fa-Ying dalam filem Hollywood 1999, Anna and the King.[1][2][3]

Melissa Campbell
Kelahiran
Melissa Alexander Campbell

(1991-02-25) 25 Februari 1991 (umur 33)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1999–kini

Kehidupan dan kerjaya sunting

Campbell dilahirkan pada 25 Februari 1991 di Newcastle, New South Wales, Australia. Keluarganya berpindah ke Malaysia pada 1996 sewaktu beliau berusia 5 tahun, yang mana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.[1][4]

Selepas tamat sekolah menengah di Sri KDU di KL, beliau berpindah ke New York pada usia 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di The New York Conservatory for Dramatic Arts. Selepas lima tahun di sana, Melissa berpindah ke Los Angeles selama tiga tahun untuk mengejar impian yang lebih besar sebagai seorang pelakon.[1]

Pada usia 8 tahun, Campbell memperoleh kejayaan apabila ditawarkan membintangi filem Anna and the King (1999) arahan Andy Tennant lakonan Chow Yun-Fat dan Jodie Foster dengan memegang watak sebagai Puteri Fa-Ying.[5] Ditanya mengenai pengalamannya berlakon dalam filem ini, beliau berkata: "Saya masih ingat semua yang berlaku – daripada proses pemilihan pelakon hingga akhir, sehingga tayangan perdana filem".[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Anna and the King Puteri Fa-Ying Filem pertama
2021 Siapa Tutup Lampu? Amanda
2024 Padu The Movie Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neighbours Laura Pinski Network 10 1 episod; siri drama TV Australia
2009 Ghost (musim 2) Alicia Soo 8TV
2015 Secret Space Disasters So Yeon-Yi Science Channel 1 episod; dokudrama
2019 Kopitiam: Double Shot Seleb Viu Drama web
2019–2020 Keluarga Baha Don Suzi Faye Drama web; 2 musim
2021 Cinta Untuk Raf Dr. Kim TV1
2023 That Cover Girl Su Ann Prime Video

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Kreatif Akademi Asia 2020 Pelakon Komedi Terbaik Dirinya sendiri Menang [6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d William K.C. Kee (14 September 2021). "Melissa Campbell: 'Pursue your Goals with Passion'" (dalam bahasa Inggeris). myeppo. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  2. ^ Jason Lim (7 Disember 2020). "Dream with ambition" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  3. ^ Jo Teh (12 Mei 2007). "'Princess' set to return" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  4. ^ Karmun Ng (1 Julai 2020). "Breaking into Hollywood: Melissa Campbell" (dalam bahasa Inggeris). First Classe. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  5. ^ Dennis Chua (19 Jun 2023). "#Showbiz: Froom goodie to baddie" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  6. ^ Budiey (16 Oktober 2020). "The Bridge & Kopitiam: Double Shot Menang di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2020". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 September 2021.

Pautan luar sunting