Bukan Cinta Sempurna

Bukan Cinta Sempurna ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Azri Izhar dan MP Roslin MD Sharif. Siri ini diadaptasi daripada siri 'Cafe Con Aroma'. Drama ini dibintangi oleh Fadlan Hazim, Ayda Jebat, Amar Baharin. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria bermula 31 Julai 2023 menggantikan Hijrah Jannah. [1]

Bukan Cinta Sempurna
Genre
Berdasarkan daripada
Diadaptasi daripada siri 'Café Con Aroma'
PengarahAzri Izhar
MP Roslin MD Sharif
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBukan Wanita Sempurna - Ayda Jebat X Meet Uncle Hussain
Lagu penutupBukan Wanita Sempurna - Ayda Jebat X Meet Uncle Hussain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit eksekutifDatin Zaiton Muhd Jiwa
PenerbitZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Julai 2023 – 6 Oktober 2023
Kronologi
MengikutiHijrah Jannah
Diikuti olehCik Misi 123

Sinopsis sunting

Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah oleh Aniq dan keluarga Luqman. Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu

  • Shah Iskandar sebagai Aniq
  • Ziela Jalil sebagai Sahara
  • Emelda Rosemila sebagai Herni
  • Husna Mustaffa sebagai Hajar
  • Neera Azizi sebagai Marina
  • Hanna Aqeela sebagai Amanda
  • Alif Hadi sebagai Benjamin
  • Saidah Kamarudin sebagai Nadia
  • Qistina Khaled sebagai Diana
  • Danial Dashuki sebagai Aiman
  • RJ Helmy sebagai Abu
  • Farra Zainuddin sebagai Zai
  • Nick Naim sebagai Omar
  • Adam Malek sebagai Hadi
  • Syahir Shafein sebagai Badrul
  • Airil Hafiz sebagai Harun
  • Watie Sadali sebagai Rozie
  • Azhar Amir sebagai Nik
  • Syaffiq Sahli sebagai Kamal
  • Yasmin Hani sebagai Aleetha
  • Lan Siro sebagai Nazri
  • Shahidan Izwan sebagai Rafael Matin

Penampilan khas sunting


Episod sunting

Episod Tarikh penyiaran Ringkasan
1 31 Julai 2023 Atas jasa Qistina, dia dan ibunya diberikan sedikit ganjaran oleh Tuan Budi. Kematian Tuan Budi menyebabkan Aniq dibelenggu rasa tamak dan gila kuasa. Luqman mula ada perasaan terhadap Qistina.
2 1 Ogos 2023 Herni risau apabila tiada ahli keluarga arwah Tuan Budi yang menghubunginya berkenaan dengan hal penjualan tanah. Aniq rasa dia layak untuk menerajui perniagaan syarikat keluarganya.
3 2 Ogos 2023 Aniq memberitahu ahli keluarganya yang dia akan bernikah dengan Amanda. Diana rasakan yang keputusan Aniq adalah sebab dia mahukan baki harta. Qistina keliru dengan perasaannya terhadap Luqman.
4 3 Ogos 2023 Aniq risau jika kegiatan haramnya bakal dibongkar oleh Kahar. Ziyan terpandang Qistina dan mula mengekorinya. Luqman merasa gelisah apabila melihat Qistina berbual mesra dengan Ziyan.
5 4 Ogos 2023 Kedatangan Amanda secara mendadak ke rumah Aniq membuatkan Aniq terpaksa melakukan pelbagai helah untuk menyelamatkan dirinya daripada didapati curang. Luqman cuba meluahkan rasa hatinya kepada Qistina.
6 7 Ogos 2023 Aniq terkejut apabila mengetahui dalang di sebalik pembunuhan Kahar. Herni dan Qistina berjumpa dengan Aniq untuk mengetahui status pembelian tanah mereka itu.
7 8 Ogos 2023 Luqman bersetuju jika Aniq menjadi pengganti Tuan Budi, tetapi meletakkan satu syarat yang mungkin akan membongkar rahsia Aniq. Nadia rasa Benjamin perlu memihak kepada Aniq.
8 9 Ogos 2023 Qistina dimarahi oleh Herni kerana lewat pulang. Herni mengingatkan Qistina bahawa status keluarga mereka dan keluarga Luqman adalah sangat berbeza.
9 10 Ogos 2023 Herni dan Qistina berharap akan ada berita gembira tentang status pembelian tanah mereka. Herni marah apabila mengetahui apa yang Aniq pernah cuba lakukan terhadap Qistina.
10 11 Ogos 2023 Diana berterima kasih kepada Qistina kerana kehadirannya telah membuat Luqman semakin bahagia. Akibat berlaku salah faham, kekecohan berlaku antara Hadi dan Benjamin.
11 14 Ogos 2023 Aniq memberitahu Sahara yang dia memang tidak tahu menahu tentang pemberian duit deposit sejumlah RM50 ribu yang diperkatakan oleh Qistina. Luqman mengajak Qistina pergi ke Kuala Lumpur.
12 15 Ogos 2023 Sahara kecewa dengan Luqman kerana dia seperti tidak kisah tentang sambutan majlis harijadinya yang akan berlangsung. Namun Sahara tetap ada perancangan untuk memulihkan hubungan Luqman dengan Marina.
13 16 Ogos 2023 Amanda bersetuju dengan Marina untuk tidak melantik Diana sebagai tukang masak di majlis perkahwinannya nanti. Luqman tahu hubungannya dengan Qistina akan mendapat tentangan keluarga.
14 17 Ogos 2023 Marina masih merindui kenangan lama bersama Luqman dan terus membuat perancangan supaya dia dapat bersama dengan Luqman. Luqman cemburu dengan keakraban Qistina dan ibunya.
15 18 Ogos 2023 Diana masih tidak berpuas hati dengan keputusan ibunya yang telah mengikut telunjuk Amanda. Ada bukti baru daripada Luqman yang bakal muncul yang mungkin akan membahayakan Aniq.
16 21 Ogos 2023 Qistina terkejut apabila Luqman mahu Qistina menjadi pasangannya untuk pergi ke majlis perkahwinan Aniq dan Amanda. Ada masalah timbul di majlis perkahwinan tersebut.
17 22 Ogos 2023 Sahara mengatakan yang Qistina dan Herni pasti ada agenda tersendiri untuk berbaik dengan Luqman. Qistina berasa agak janggal di majlis perkahwinan tersebut. Marina bersemuka dengan Qistina.
18 23 Ogos 2023 Perjumpaan Qistina dan Marina menimbulkan rasa kurang senang pada kedua belah pihak. Herni dituduh merosakkan majlis perkahwinan Amanda. Qistina muncul untuk membela ibunya.
19 24 Ogos 2023 Luqman tidak berpuas hati apabila melihat Qistina rapat dengan Ziyan. Luqman ingin mengahwini Qistina tetapi Herni tidak mahu mereka terburu-buru membuat keputusan.
20 25 Ogos 2023 Qistina memberanikan diri untuk bersemuka dengan Sahara untuk meminta maaf atas kejadian tempoh hari. Kehadiran pihak polis membuatkan Sahara mengambil keputusan drastik terhadap Herni dan Qistina.
21 28 Ogos 2023 Marina masih berusaha untuk mendekati Luqman. Herni risau kerana Qistina kelihatan tidak sihat. Pengakuan Qistina mengejutkan Herni.
22 29 Ogos 2023 Luqman bersemuka dengan Harun untuk mengetahui kisah sebenar tentang Qistina dan Herni. Herni meminta tolong Hajar untuk mencari duit RM50 ribu yang hilang.
23 30 Ogos 2023 Hajar lega apabila mendapat tahu ada orang menolong Herni dan Qistina. Herni memarahi Qistina kerana perkenalan Qistina dengan Luqman telah membawa kesedihan dalam kehidupan mereka.
24 31 Ogos 2023 Luqman terkejut apabila mengetahui yang ibunya telah melantik Aniq sebagai Pengarah Syarikat yang baru. Perjalanan Qistina ke Johor menghadapi pelbagai rintangan.
25 1 September 2023 Zai memberitahu Herni yang dia sudah tahu kenapa Herni dan Qistina. Marina mula diganggu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
26 4 September 2023 Qistina masih bersusah-payah untuk mencari Luqman. Luqman mula percaya dengan kata-kata hasutan orang-orang di sekelilingnya hingga merasakan yang Qistina dan Herni mungkin sebenarnya adalah penipu.
27 5 September 2023 Qistina terkejut apabila Luqman sangsi tentang kehadiran dirinya dalam hidup Luqman. Luqman sudah buntu kerana tidak tahu siapa yang dia patut percaya. Amanda mahu penjelasan daripada Aniq.
28 6 September 2023 Amanda mula sangsi dengan perlakuan Aniq. Marina dan ayahnya masih terus diancam bahaya. Luqman mengupah seseorang untuk menjejaki Qistina.
29 7 September 2023 Qistina rasa bersalah apabila terpaksa memberikan berita palsu kepada ibunya. Luqman buntu memikirkan nasib Qistina. Hajar terkejut apabila mengetahui sepupunya Harun ada kaitan dengan Qistina dan Herni.
30 8 September 2023 Luqman hadir ke tempat Qistina bekerja untuk mencari Qistina. Aniq mula gila kuasa. Marina terpaksa menggunakan muslihat untuk memerangkap Luqman.
31 11 September 2023 Qistina memberitahu Ziyan yang hubungannya dengan Luqman sudah kembali pulih. Marina teruskan langkah untuk memerangkap Luqman. Berlaku pertengkaran antara Luqman dan Aniq.
32 12 September 2023 Nadia terkejut yang Omar berani mencuba sesuatu yang baru. Amanda teruskan siasatan terhadap suaminya. Pertengkaran berlaku antara Luqman dan ibunya.
33 13 September 2023 Qistina bersemangat untuk belajar ilmu baru di sebuah kolej swasta. Marina risaukan tentang apa yang berlaku terhadap dirinya. Luqman ternampak kelibat Qistina dan terus cuba untuk menjejaki Qistina.
34 14 September 2023 Luqman terkejut apabila Aniq mengambil tindakan melulu untuk menjual produk baru. Nazri memberi amaran tegas kepada Haslin. Luqman dapat menjejaki Qistina.
35 15 September 2023 Luqman kecewa kerana isteri Nik sanggup menipu supaya Luqman tidak berjumpa dengan Qistina. Amanda terpaksa melayan kerenah Haslin. Diana pelik keluarganya terlampau senang untuk mempercayai orang baru.
36 18 September 2023 Luqman memarahi Marina kerana memasuki rumahnya tanpa izin. Kedatangan Ziyan untuk berjumpa Qistina membuatkan Luqman berasa kurang senang. Abu teruskan usaha untuk mendekati Hajar.
37 19 September 2023 Qistina terkejut apabila bertemu dengan Marina yang membawa berita mengejutkan. Luqman sangsi apabila dia dituduh mengakibatkan Marina mengandung. Rafael teruskan agenda untuk perangkap keluarga Nadia.
38 20 September 2023 Anita akan terima apa saja keputusan keluarga Benjamin. Luqman sedih kerana Qistina telah meninggalkannya tanpa sebarang berita. Luqman buntu apabila mendengar berita tentang kandungan Marina.
39 21 September 2023 Sahara mahu Luqman bertanggungjawab ke atas Marina. Kepulangan Qistina membawa kegembiraan dalam hidup Herni. Luqman bertegas untuk mengetahui lokasi Qistina.
40 22 September 2023 Luqman masih keliru dengan tindakan Qistina yang pergi meninggalkannya tanpa sebarang alasan. Diana masih tidak berpuas hati dengan Aiman. Sahara tidak setuju dengan tindakan Amanda yang terburu-buru.
41 25 September 2023 Luqman masih rindukan Qistina. Herni gembira kerana Ziyan suka tolong Qistina, tetapi tetap risau jika Ziyan ada harapkan sesuatu daripada Qistina. Amanda perlukan seorang kawan untuk berkongsi masalah.
42 26 September 2023 Luqman memarahi Nadia yang disifatkan sering menjadi batu api kepada permasalahan keluarga mereka. Qistina rasa dia seperti mengenali Harun. Aleetha menasihatkan Benjamin supaya berjumpa pakar terapi.
43 27 September 2023 Luqman mahu siasat dahulu tentang latar belakang perniagaan Nazri. Ben terkejut apabila Sahara menyangka yang dia sudah dikenakan ilmu sihir oleh Aleetha. Qistina gembira dapat berjumpa dengan Diana.
44 28 September 2023 Benjamin dan Luqman berkongsi rasa tentang masalah cinta yang sedang mereka hadapi. Qistina cuba bersemuka dengan Harun. Marina teruskan agenda supaya Luqman dapat segera bernikah dengannya.
45 29 September 2023 Sahara mahu pernikahan antara Luqman dan Marina dipercepatkan. Luqman tidak suka cara Husin yang membuat kerja. Qistina terharu dengan kemudahan yang Ziyan sudah sediakan kepadanya.
46 2 Oktober 2023 Hajar masih tidak dapat dihubungi. Luqman tahu yang hanya Qistina saja yang masih bertakhta di hatinya. Qistina mendapat perkhabaran yang mengejutkan daripada Zai.
47 3 Oktober 2023 Luqman kini sudah bergelar suami kepada Marina. Johari masih memaksa Marina untuk mendapatkan duit daripada keluarga Luqman. Qistina masih terkilan dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya.
48 4 Oktober 2023 Luqman kesal kerana tidak memberi peluang kepada Qistina untuk memberitahu tentang kandungannya dahulu. Marina dan Luqman mula bertelagah. Ziyan rasa sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang.
49 5 Oktober 2023 Sahara terkejut apabila Luqman memberitahu yang dia mahu rujuk semula bersama Qistina. Amanda berhadapan dengan satu kejutan besar. Sesuatu berlaku kepada ayah Marina.
50 6 Oktober 2023 Sahara tidak berpuas hati apabila Luqman bercadang untuk memeriksa DNA bayi yang Marina bakal lahirkan. Qistina terkejut apabila mendengar berita Luqman telah diserang. Nazri dan Badrul bersemuka dengan Aniq.

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Bukan Cinta Sempurna. Myinfotaip. Dicapai 19 Julai 2023