Qistina Khaled
Qistina Khaled seorang pelakon, model dan penyanyi baru yang mula dikenali orang ramai. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan beragama Islam. Beliau mula bergiat aktif sejak tahun 2020 dengan drama pertama beliaunya ialah Bukan Kahwin Paksa dan beliau terkenal sebagai Mimi dalam drama adaptasi panjang yang bertajuk Hati Yang Dikhianati. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah drama yang trending di Astro dan TV3. Antaranya Bila Hati Memilih Dia sebagai Adra dan Suara Hati sebagai Sarah yang menjadi adik kesayangan Syafiq Kyle. Buat pertama kalinya memegang watak utama dalam telemovie berjudul Nombor arahan AlJafree yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi, Al Jafree masih mahu mengekalkan Qistina sebagai watak utama dalam telemovie arahan beliau akan datang. Selain itu beliau telah memegang watak Rita dalam drama bersiri Kami Budak Band terbitan Suhan Movies bergandingan dengan Ahmad Ezzrin Loy juga bakal ditayang kan di TV3. Beliau juga bakal muncul dalam telemovie arahan Eyra Rahman yang berjudul Dania. Berganding dengan Aedy Ashraf dan Puteri Balqis. Terkini, beliau baru selesai penggambaran drama bersiri Adik ku Pandai Menari sebanyak 8 episod bergandingan dengan Ahmad Adly, Adam Malek dan Armani Kowachee.
Qistina Khaled | |
---|---|
Status | Single |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2020–kini |
Televisyen | Bukan Kahwin Paksa (2020) Hati Yang Dikhianati (2021) Suara Hati (2021) |
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Bukan Kahwin Paksa | Liz | TV3 | Drama pertama |
2021 | Hati Yang Dikhianati | Mimi | Astro Prima | |
Suara Hati | Sarah | |||
Sepi Itu Pasti | TV AlHijrah | |||
2022 | Bila Hati Memilih Dia | Adwa | TV3 | |
The Pak Mat Clan | Yana | |||
2023 | Kami Budak Band | Rita |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2022 | Dania | Sarimah | TV3 |
DiskografiSunting
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2022 | "Benci Benci Tapi Rindu" | OST drama The Pak Mat Clan |