Naziha merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Along Kamaluddin terbitan Orangetree Production. Dibintangi oleh Izara Aishah,[1] Ryzal Jaafar dan Amar Baharin, ia bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 15 Jun 2012 sehingga 14 September 2012 menggantikan Bunga-Bunga Syurga.[2]

Naziha
GenreDrama, keagamaan
Ditulis olehZarihan Hassan
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terlalu Mencintaimu" oleh Suki Low
Lagu penutup"Terlalu Mencintaimu" oleh Suki Low
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal15 Jun 2012 – 14 September 2012

Sinopsis sunting

Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha.

Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha. Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu utama (Keluarga Naziha, Adam & Akmal) sunting

Pelakon pembantu (Geng Jahat) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Menangis demi Naziha NS Kini (13 Julai 2012). Dicapai pada 13 Julai 2014.
  2. ^ Budiey (20 Jun 2012). Sinopsis Drama Naziha Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Jun 2014.

Pautan luar sunting