Kron merupakan filem drama misteri Malaysia 2019 arahan Opie Zami. Dalam filem ini, sekumpulan ahli ekspedisi sejarah ingin mencari laluan purba yang digunakan oleh Raja Siam pada 1800-an, tetapi mereka juga sedang diburu oleh seekor makhluk misteri yang bernama Kron.

Kron
PengarahOpie Zami
PenulisOpie Zami
DibintangiZahiril Adzim
Dayana Roza
Aman Graseka
Opie Zami
SinematografiAreel Abu Bakar
Diedarkan olehEmpire Film Solutionn
Tarikh tayangan
22 Ogos 2019 (Malaysia, Brunei)
Masa tayangan
1 jam 30 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 32 ribu

Ia ditayangkan pada 22 Ogos 2019 di Malaysia and Brunei.[1][2][3]

Sinopsis sunting

Profesor Daud, seorang pengkaji sejarah dan pengidap kanser tahap empat, sedang menyelidik laluan purba Raja Siam. Laluan misteri ini digunakan oleh Raja Siam untuk mengangkut bunga emas dan perak pemberian Sultan Kedah dari Kedah ke Siam pada sekitar tahun 1803 hingga 1910. Tujuan utamanya adalah mencari jawapan tentang kehilangan isterinya dalam ekspidisi lepas.

Pihak atasan menghalang Daud dan pembantunya Sham untuk melakukan ekspedisi kerana bimbang akan bahaya. Mereka telahpun dapat memulakan ekspedisi selepas ahli perniagaan Melur Seri, bersetuju untuk menanggung kos. Pengarah rancangan paranormal, Pian, juga menyertai untuk rakam aktiviti mereka tanpa bayaran.

Perjalanan mereka jadi buruk kerana mereka kini diburu oleh seekor makhluk misteri hutan yang bernama Kron.

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Sumber rujukan sunting

  1. ^ "Temu bicara dengan Opie Zami". Berita Harian.
  2. ^ "Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem Kron". Budiey.
  3. ^ "Rujuk Mutfi Perak Sebelum Dituduh Memesongkan Akidah, Filem Kron Bakal Menemui Penonton". Gempak.

Pautan luar sunting

  • Kron on Cinema.com.my
  • Kron on Popcorn Malaysia