Aman Graseka

Pelakon lelaki Malaysia

Aman Graseka (lahir 28 Februari 1968) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau yang memulakan pada 1991 setelah pulang dari melanjutkan pengajian di luar negara dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. Dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 [1]. Aman kemudiannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 menerusi watak transgender dalam telefilem Amy Anuar.

Aman Graseka
Kelahiran (1968-02-28) 28 Februari 1968 (umur 56)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1991–kini
PasanganMas Idayu (k. 1997; c. 2006)
Nurul Amrina Zamri (k. 2018)
Anak-anakNur Dayini Asyiqah (l. 1998)

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia. Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah. [2]

Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon dan juga seorang model Reena Areena setelah 10 tahun menduda. Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah. Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun [3]. Selain itu, pasangan ini juga dijangka menimang cahaya mata pertama mereka [4] [5].

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Cinta Kita Arman Filem pertama
1998 Penyair Malam Farid
2014 Abang Long Fadil Pailang
2015 Kapsul Malik
2017 Hijabsta Ballet Shakiri
2019 Kron Profesor Daud
Sangkar Hassan
2020 Tyickoouns Orang Jahat 4
2022 Seratus Penampilan khas
TBA Telekinesis   Pos-produksi
Pungut   Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Amy Anuar Amy Anuar TV2
2009 Gerak Khas (Musim 11) Othman TV2 Episod: "Geng Ragut"
2010 Arjuna Satria Aduka TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Taufik Astro Oasis Episod: "Anak Yatim"
Tanah Kubur (Musim 9) Muzaffar Episod: "Pucuk Muda"
2015 Munajat Cinta Ayahanda
2016 7 Hari Mencintaiku Pak Samad TV3
2017 Kekasih Paksa Rela Kamal
Kerana Anisa Long Yahya
2018 Papa Nak Menantu Pak Saad
Cik Sempurna Papa
Budak Boys
Yes Sir Nak Pergi Mana Tuan Syed Hypp Sensasi
Seribu Rindu Husin TV3
2019 Cikgu, Papa Kirim Salam Rahman
Biar Jadi Kartus Tengku Amir TV2
Rumah Siti Khadijah Haji Ismail TV3
Tuan Danial Tengku Khalil
Sembil9n Astro GO Pelakon undangan
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Pak Ali Astro Ria
2021 Kuali Mentua Lauk Menantu Chef Hafiz TV2

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1991 Mahligai Impian
2013 Janji Si Bidadari TV3
2017 Kayuhan Kasih Ayah Yatim TV3
2018 Tulus Cinta
Selirat Dharma
Rezeki Tanpa Alamat
2019 Telapak Waktu Pak Jamil
2 Hari 3 Malam Akob TV2
Kau Langit Aku Laut TV3
2020 Aku, Bunga Baba Astro First Eksklusif
Demi Tuhan Aku Bersaksi TV1
2021 Dosa Itu Bukan Miliknya Rahim TV2
2023 Kafankan Aku Dengan Ihram Ahmad Astro Oasis
Kum tonton

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Tema menarik pikat Aman. harian metro. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
  2. ^ Aman Graseka tercabar cinta wanita muda. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  3. ^ 'Kami tak nikah sorok-sorok'. berita harian. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  4. ^ #Showbiz: Aman Graseka's 'bersanding' ceremony went smoothly, despite wife's pregnancy. new straits time. Dicapai pada 11 Januari 2019.
  5. ^ "Syukur Mampu Teruskan Majlis Walaupun Dia ..." - Aman Graseka Selamat Bersanding, Isteri Bunting Pelamin. gempak. Dicapai 10 Januari 2019.

Pautan luar sunting