Papa Nak Menantu
Papa Nak Menantu adalah sebuah drama komedi romantik 2018 adaptasi novel tajuk yang sama karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Drama ini disiarkan di TV3 melalui Slot Dahlia.[1]
Papa Nak Menantu | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi Romantik |
Ditulis oleh | Mufiz Suhaimi |
Pengarah | Murali Abdullah Chad Abd Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Jatuh oleh Sissy Imann |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 20 episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Muhamad Norazhar Baharuddin |
Penerbit | Md Fadzil Teh |
Penyunting | Wan A. Ruzwan Panjang |
Tempoh siaran | 39–42 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production Sdn.Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Dahlia) |
Siaran asal | 4 Februari 2018 – 1 April 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mr. Boss Miss Stalker |
Diikuti oleh | Mak Cun 4 |
SinopsisSunting
Kisah Pak Saad (Aman Graseka) yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah (Jaja Iliyes) mencarikannya menantu sebelum dia sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yng sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe (Fendi Sman) yang sudah berusia 55 tahun.
Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir (Afiq Anuar ) dan Nabila (Iqa Roslan). Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta.
Pelakon dan watakSunting
Pelakon utamaSunting
- Aman Graseka sebagai Pak Saad
- Hafidz Roshdi sebagai Azrin
- Jaja Iliyes sebagai Syahirah
- Afiq Anuar sebagai Shakir
- Sheila Mambo sebagai Salbiah
- Cik Manggis sebagai Fatimah
- Aedy Ashraf sebagai Nazim
- Che Puteh sebagai Mak Gayah
- Fendi Sman sebagai Pak Mat Tempe
- Rais Hazlin Rezuwan sebagai Dwan
- Hanis Nabilah sebagai Delyna
- Iqa Roslan sebagai Nabila
- Asyraf Dasley sebagai Nazim
- Hani Marhani sebagai Mak Eton
- Ezany Nizariff sebagai Ezanny
- Hairi Safwan sebagai Ayah Azrin Kecil
- Az Lynn Rozali sebagai Ibu Azrin Kecil
- Ben Ali sebagai Jurufoto
Undangan khasSunting
- Haliza Misbun sebagai Isteri Pak Saad
- Jibam sebagai Arjuna Kecil
RujukanSunting
- ^ "Papa Nak Menantu (TV3)". MyInfotaip. 3 Februari 2018.
: Slot Dahlia, Sabtu & Ahad 7:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Papa Nak Menantu | Berikutnya |
Mak Cun |