Mak Cun 4
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. (April 2023) |
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2023) |
Mak Cun 4 merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Izzuan Mokhtar, dibintangi oleh Eirma Fatima, Umie Aida dan Rahim Razali. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia TV3 bermula 7 April 2018 menggantikan Papa Nak Menantu. [1]
Mak Cun 4 | |
---|---|
Genre | Drama, konflik, keluarga |
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah | Izzuan Mokhtar Amie Maziah |
Dibintangi oleh | Eirma Fatima Umie Aida Rahim Razali |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Citra Abdullah Ain Abdullah |
Penerbit | Ahmad Albab Abdullah Ahmad Arri Abdullah |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Dahlia) |
Siaran asal | 7 April 2018 – 10 Jun 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Papa Nak Menantu |
Diikuti oleh | Cik Sempurna |
Sinopsis
suntingKali ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (Erra Fazira) dan Rock (Awie) untuk menjadi geng Mak Cun. Mak Cun semakin berjaya dengan perniagaan Mart dan onlinenya. Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah (Azizah Mahzan) isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.
Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana.
Atul pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama itu. Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul itu lagipun dia sudah ada Cik Pon, pembantu yang boleh diharapkan. Sudah tentu, Manisah masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun.
Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga. Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona (Ziana Zain) yang baru dikenalinya untuk menjadi rakan kongsi. Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mencari kedai kosong di bandar.
Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatkan satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun. Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulkan kekecohan.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Eirma Fatima sebagai Mak Cun
- Umie Aida sebagai Manisah
- Rahim Razali sebagai Pak Akob
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Saidatul
Pelakon pembantu
sunting- Awie sebagai Rock
- Erra Fazira sebagai Olio
- Ziana Zain sebagai Nona Mardina
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Normah
- Aiman Tino sebagai Kumin
- Syuhaida Abraz (Dottie) sebagai Cik Pon
- Betty Rahmad sebagai Maya
- Jay Nazif sebagai Atan
- Nur Khadra Syamimi sebagai Atin
- Ady Fakaruddin sebagai Mahmood
- Azizah Mahzan sebagai Cik Pah
Penampilan khas
sunting- Zarina Zainuddin sebagai Datin Zawiyah
- Ariff Aziz sebagai Helmi
- A. R. Badul sebagai dirinya sendiri
Rujukan
sunting- ^ Drama Mak Cun 4. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021