Cinta Tanpa Henti merupakan siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Zamri Zakaria, dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Siti Elizad. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 26 Februari 2019 hingga 1 April 2019 menggantikan Setelah Cinta Itu Pergi.[1][2][3]

Cinta Tanpa Henti
Genre
Ditulis olehEja Lorena
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Teristimewa" oleh Erul Samah
Lagu penutup"Teristimewa" oleh Erul Samah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Februari 2019 – 1 April 2019
Kronologi
MengikutiSetelah Cinta Itu Pergi
Diikuti olehNur 2

Sinopsis sunting

Kisah Sumayyah (Elizad Sharifuddin) anak kepada Tuan Rahim Edruce (Arash Mohamad) disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines. Sumayyah bercinta dengan Hisyam (Aeril Zafrel), seorang pelukis jalanan tetapi mendapat tentangan dari Tuan Rahim yang berhasrat menyatukan Sumayyah dengan Zarif (Isa Khan), anak kepada Tuan Zaid untuk mengembangkan empayar bisnes.

Akhirnya mereka berkahwin atas bantuan kakak Maya, Salina (Farahdhiya) yang sebenarnya membenci Maya yang sentiasa mendapat perhatian dan pujian di dalam keluarga. Namun, Tuan Rahim tidak boleh menerima Hisham sebagai menantu kerana berbeza darjat.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak. Namun, Maya disahkan menghidapi menyakit sirosis. Hisyam berusaha keras menampung kos rawatan Sumayyah dan untuk mendapatkan rawatan Hisyam terpaksa menerima syarat Tuan Rahim iaitu menyerahkan kembali Maya.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon utama pembantu sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Cinta Tanpa Henti". MyInfotaip. 26 Februari 2019. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  2. ^ Budiey (12 Mac 2019). Sinopsis drama Cinta Tanpa Henti lakonan Aeril Zafrel Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Jun 2019.
  3. ^ Mohd Fuad Mohd Nor (13 Mac 2019). Cinta Tanpa Henti gandingkan Aeril Zafrel dan Elizad Sharifuddin XTRA. Dicapai pada 9 Jun 2019.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Cinta Tanpa Henti Berikutnya
Setelah Cinta Itu Pergi Nur 2