Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan (lahir 18 Julai 1993) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2016.

Isa Khan
Kelahiran
Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan

(1993-07-18) 18 Julai 1993 (umur 31)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2016–kini
TelevisyenAkademi Fantasia (2016)
PasanganRisteena Munim (k. 2021)
Ibu bapa
  • Ali Dad Khan bin Zardad Khan (bapa)
  • Norazlina Chow (ibu)
Saudara

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau berdarah kacukan Cina-Pakistan.

Suatu masa dulu pernah timbul andaian dimana tercetus ekoran persamaan nama bapanya dengan pelakon, Sabrina Ali Dad Khan yang juga anak saudara pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam.

"Lucu juga kerana kami memang tiada kaitan. Datuk Yusof bukan bapa saudara saya, manakala Syamsul dan Syafiq bukan sepupu saya. Mungkin orang menyangka kami mempunyai pertalian darah kerana persamaan nama bapa saya dan Sabrina.

Kerjaya

sunting

Akademi Fantasia

sunting

Isa merupakan salah seorang daripada 15 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016, di mana beliau menduduki tangga ke-14 dan tersingkir di konsert minggu kedua.[1] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Isa menyanyikan lagu:

  1. "Terakhir" (Sufian Suhaimi)
  2. "Ketahuan" (Matta)

Kerjaya muzik

sunting

Beliau merakamkan single solo pertamanya bertajuk "Syurga Yang Sempurna" terbitan Music Valley pada Disember 2017.[2] Sebelum menyertai AF2016, beliau pernah membuat persembahan kugiran secara langsung di Kuala Lumpur dan Jakarta.

Bidang lakonan

sunting

Kerjaya lakonan Isa bermula dengan membintangi pementasan teater Putera La Galigo yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2018 di Stadium Melawati Shah Alam.[3]

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau bertunang dengan pelakon Risteena Munim pada 23 November 2019.[4] Pasangan ini diijabkabulkan pada 12 Mac 2021.[5]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Seratus Lelaki #1 Filem pertama, penampilan khas
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Bimbi & Bonni Misi 007 Asy Astro Warna Drama pertama
Rahasia Kasih Nazmi ntv7
2019 Cinta Tanpa Henti Zarif TV3
2020 Bulan Di Kota Langit Aditya Prasetya TV Okey

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Transit Terakhir TV3 Telefilem pertama
Mak Cun Pi Lombok
2018 Formula Cinta
Sofea Afendi

Teater

sunting
Tahun Tajuk
2016 Putera La Galigo

Rujukan

sunting
  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (9 Ogos 2016). "Dua peserta bukan Melayu antara 14 peserta Akademi Fantasia 16". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2016.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (23 Jun 2018). Isa Khan bimbang tersalah langkah lagi Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2019.
  3. ^ Jemang Rahman (25 November 2018). Wajah Kacukan Beri Tuah Isa Khan Di Pentas Teater mStar Online. Dicapai pada 7 April 2018.
  4. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (6 Disember 2019). Isa Khan, Risteena bertunang 23 November lalu Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2020.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (12 Mac 2021). Ristneena, Isa Khan dah selamat nikah Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2021.

Pautan luar

sunting