Darjat ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Syazwan Zulkifli, Ika Nabila dan Talha Harith. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 4 Oktober 2012 hingga 8 November 2012 menggantikan Dan Bila Esok.[1][2]

Darjat
Genre
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahM. Nazir Juhan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Memandang Awan" oleh Sharifah Zarina
Lagu penutup"Memandang Awan" oleh Sharifah Zarina
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifHemanathan Paul
PenerbitJalena Rejab
Penyunting
  • Min Johari
  • Eiress NJ
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal4 Oktober 2012 – 8 November 2012
Kronologi
MengikutiDan Bila Esok
Diikuti olehDebunga Lalang

Sinopsis sunting

Berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pemabntu sunting

Penampilan khas sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Amirul Hakim sebagai Rafiq
  • Qaseh Farissya sebagai Baby Zeera

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (28 September 2012). "Sinopsis drama Darjat TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ "Drama Darjat menggantikan Dan Bila Esok dalam Slot Azalea TV3". EDtv. 21 September 2012. Dicapai pada 18 April 2013.