Debunga Lalang
Debunga Lalang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azma Aizal Yusoof dibintangi oleh Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Faridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris dan Ungku Ismail Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 2 Januari 2013 hingga 6 Februari 2013 menggantikan Darjat.[1][2][3]
Debunga Lalang | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Dendam |
Ditulis oleh | Nieza Nahar |
Pengarah | Azma Aizal Yusoof |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Dikalung Kasihan" oleh Imran Ajmain |
Lagu penutup | "Dikalung Kasihan" oleh Imran Ajmain |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit | Azlina Sanimin |
Penyunting | Eddey Mat Napi |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Asia Media Content |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 2 Januari 2013 – 6 Februari 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Darjat |
Diikuti oleh | Kerana Sarah |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
suntingSaodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila).
Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana. Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.
Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.
Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.
Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.
Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.
Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.
Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Noorkhiriah sebagai Aishah
- Zul Ariffin sebagai Halim
- Ku Faridah sebagai Saodah
- Wan Sharmila sebagai Khatijah
- Ungku Ismail Aziz sebagai Bakri
- Delimawati sebagai Mak Munah
- Tunku Hanis sebagai Rohiya
Pelakon Pembantu
sunting- Faralyna Idris sebagai Alia (Dewasa)
- Ezlisa Loy sebagai Arina (Dewasa)
- Siti Maizatul Rafika sebagai Cikgu Rafidah
- Hanafi Rahmat sebagai Hijab
- Norlela Yahmat sebagai Mek
- Noor Azizan sebagai Che Mat
Pelakon Kanak-kanak
sunting- Qiela Malek sebagai Alia (12 tahun)
- Dzreena Delaila sebagai Arina (9 tahun)
- Elnisa Husni sebagai Ayang (10 tahun)
Runut bunyi
sunting- "Dikalung Kasihan" - Imran Ajmain
- "Altar Cinta" - 6ixth Sense
- "Hanya Mu Ya Allah" - Sofazr
- "Ampuni Daku" - Isma
- "Hati Ini" - Ayu Damit
- "Aku Bisa" - Keroz Nazri
- "Dewi Cinta" - Adira
- "Kalimah Janji" - Aiman Hakim Ridza dan Ernie Zakri
Rujukan
sunting- ^ Budiey (29 Disember 2012). "Sinopsis Drama Bersiri Debunga Lalang Lakonan Zul Ariffin". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ "Debunga Lalang mengundang tangis". Utusan Malaysia. 29 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-27. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ "Konflik keluarga rencah utama Debunga Lalang". Media Hiburan. 29 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ Debunga Lalang (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 June 2018.