Ironi Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Nazir Jamaludin, dibintangi oleh Intan Najuwa, Aqasha dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 2 April 2020 hingga 22 April 2020[1][2] menggantikan Seindah Tujuh Warna Pelangi.[3]

Ironi Kasih
Genre
Ditulis olehMohd Shahremy Ikmal
Mama Bella
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
Intan Najuwa
Aqasha
Intan Ladyana
Lagu pembukaan"Sembah" oleh Naim Daniel
Lagu penutup"Serpihan Jiwa" oleh Fidz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlin Rahim
PenerbitSaiful Bahri Alias
Penyunting
  • Hafiz Suid
  • Zat Azmi
  • Wan Hafiz Wan Hussin
Sinematografi
  • Kamarul Arif Jamaluddin
  • Kamaruzzaman Mohd Ali
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Wira Nusa Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal2 April 2020 – 22 April 2020
Kronologi
MengikutiSeindah Tujuh Warna Pelangi
Diikuti olehBukan Gadis Biasa

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

SinopsisSunting

Mengisahkan Kasih Ariana (Intan Najuwa) yang hidup sebatang kara selepas kehilangan ibu dan kakaknya. Tragedi yang menimpa kakaknya Suri telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam di hati Kasih. Kasih memulakan hidup baru di bandar. Pada awalnya Kasih bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (Aqasha), tetapi dia telah dipujuk oleh Emilia (Intan Ladyana) untuk menjadi pengasuh kepada Danish (Isaac Iman), anak tunggal Johan dan isterinya, Emilia. Emilia begitu taksub akan kerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk menguruskan keluarga. Johan pada mulanya tidak bersetuju dengan permintaan Emilia.

Akhirnya, Johan terpaksa menuruti juga apabila Kasih sendiri menerima tawaran pekerjaan itu. Kasih bersetuju memandangkan dia ditawarkan gaji yang lumayan dan mendapat tempat tinggal. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik sehinggakan Danish menjadi sangat rapat dengannya. Johan pula sering pulang untuk makan tengahari di rumah kerana amat sukakan masakan Kasih.

Mereka menjadi semakin mesra. Bahkan, Mak Salmah (Fauziah Ahmad Daud) iaitu ibu kepada Johan amat menyukai Kasih dan sering membanding-bandingkan kelebihan Kasih yang baginya lebih baik daripada Emilia. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Emilia optimis bahawa Johan tidak akan curang padanya lebih-lebih lagi dengan pengasuh yang tidak setanding dengannya.

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Megat (Fizz Fairuz). Kemuncaknya apabila pada suatu malam, Johan mengamuk apabila mendapat tahu Emilia dan Megat telah ditangkap berkhalwat. Kejadian ini menyebabkan mereka suami isteri bertikam lidah, sehinggakan Emilia telah mendesak Johan untuk menceraikannya. Johan yang rasa tercabar terus menceraikan Emilia bersaksikan Kasih dan Danish. Kasih amat gembira di atas penceraian Johan dan Emilia. Kini dia telah berjaya bernikah dengan Johan.

Kasih mula buat perangai tapi dia tetap mempedulikan Danish tetapi sering menyakitkan hati Johan. Johan terkejut dengan perubahan sikap Kasih. Kasih akhirnya membongkar rahsia bahawa segala yang terjadi telah dirancang dari awal. Kasih hadir ke dalam hidup Johan dengan tujuan untuk membalas dendam di atas kematian kakaknya Suri. Suri meninggal dunia akibat dilanggar lari dan kematiannya dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin telah membuatkan ibunya terkejut sehingga meninggal akibat sakit jantung. Apakah sebenarnya kaitan kematian Suri dengan Johan? Bagaimanakah Johan berhadapan dengan Kasih yang kini hanya berdendam kepadanya?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon sampinganSunting

  • Nik isaac Iman sebagai Danish
  • Nadia Mustafar sebagai Latisya
  • Ramona Zamzam sebagai Suri
  • Syafi Tee sebagai Kamil
  • Sarah Malisa sebagai Eka
  • Zulkifli Salleh sebagai Pak Salim
  • Farah Wahida Zainuddin sebagai Khaleeda
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah

Runut bunyiSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Episod akhir drama Ironi Kasih temui penonton". Kool FM. 22 April 2020. Dicapai pada 26 April 2020.
  2. ^ "Episod akhir drama Ironi Kasih temui penonton". Donna. 22 April 2020. Dicapai pada 26 April 2020.
  3. ^ Budiey (9 April 2020). "Intan Najuwa Kemurungan, Dendam Makan Diri dalam Drama Bersiri Ironi Kasih". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 April 2020.
  4. ^ Ironi Kasih (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 24 April 2020.
  5. ^ Norhayati Nordin (11 April 2020). "Intan rasa bertuah". Harian Metro. Dicapai pada 26 April 2020.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Ironi Kasih Berikutnya
Seindah Tujuh Warna Pelangi Bukan Gadis Biasa