Serpihan Sayang[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amor Rizan, dibintangi oleh Fasha Sandha, Aeril Zafrel, dan Elisya Sandha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 22 Februari 2023 menggantikan Bukan Lelaki Terhebat. [2]

Serpihan Sayang
Genre
Ditulis oleh
  • Amor Rizan
  • Saiqa Askari
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dentingan Jiwa" - Shazreen Shaharum
Lagu penutup"Penipu" - Shazriq Azeman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifDatin Nor Aliah Lee
PenerbitDatin Nor Aliah Lee
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Padi Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Februari 2023 – 20 Mac 2023
Kronologi
MengikutiBukan Lelaki Terhebat
Diikuti olehBukan Puteri Lindungan Bulan

Sinopsis sunting

Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis.

Nadia dan adiknya, Alisa tinggal bersama suami Nadia, Syakir. Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka.

Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu.

Selepas 20 tahun terpisah, Imran, abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Serpihan Sayang". Kepala Bergetar. Dicapai pada 1 March 2023.
  2. ^ Drama Serpihan Sayang. Myinfotaip. Dicapai 21 Februari 2023