Zoey Rahman

Pelakon dan pengacara Malaysia

Mohd Hairey Azhar "Zoey" Abd Rahman (Jawi: زوايي رحمن; lahir 3 Januari 1985) merupakan pelakon, pengacara dan model Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada 2005 sebagai model dan seterusnya menjadi pengacara pada 2006 menerusi Gerak Geri Gasing. Sebagai pelakon, Zoey telah membintangi beberapa drama TV termasuk Bong (2009), Friday I'm In Love (2012) dan Demi Dia (2013).

Zoey Rahman
Kelahiran
Mohd Hairey Azhar bin Abd Rahman

(1985-01-03) 3 Januari 1985 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian5 ft 8 in (1.73 m)

Kehidupan dan kerjaya sunting

Zoey dilahirkan pada 3 Januari 1985 di Besut, Terengganu dan beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai model.

Zoey memulakan kerjaya pengacaraannya menerusi rancangan Gerak-Geri Gasing yang bersiaran di Astro Ceria manakala kerjaya lakonannya bermula pada 2007 menerusi drama sitkom, Bong lakonan Ikhwan (bekas penyampai Hot FM; kini penyampai Kool FM). Sejak itu, beliau membintangi dalam pelbagai drama televisyen, termasuk Friday I'm In Love dan Demi Dia.

Pada tahun 2010, Zoey berlakon bersama Dato' Farid Kamil dan Lisa Surihani dalam filem adaptasi novel karya Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan. Ia merupakan filem pertama lakonannya.

Zoey membintangi filem berkonsepkan muzikal drama yang disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480). Filem televisyen ini diarahkan oleh Dato’ Seri Shah Rezza dan dibantu Mohd Feroz Abdul Kader. Filem muzikal drama Permata Hati ini boleh ditonton bermula 26 Januari 2017.[1][2]

Zoey juga muncul dalam filem berjudul Aku Haus Darahmu arahan Aidifitri Mohd Yunos[3] yang ditayangkan pada 2 Februari 2017.

Selain itu, beliau juga sibuk memperkembangkan bakat beliau di negara jiran iaitu Indonesia.[4]

Seterusnya, Zoey muncul dalam drama Mat Rukun dan memegang watak utama. Drama terbitan Hujan Lebat Sdn Bhd ini mula disiarkan Jun 2017 di Slot Kelakarama TV9.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lagenda Budak Setan Zoey Filem pertama
2013 Tanda Putera Johan Filem Sejarah
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Vic
2017 Aku Haus Darahmu Arin[5]
2018 Awang Gerudi Awang

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Bong (Musim 1) Johan TV9
Kisah Kaisara Azmeer TV3
2008 Sunsilk Impian Kim
2009 Yusuff Benjamin
2011 KLIK Ameer Astro Ceria
Ustaz Amirul Aizat TV3
2012 Friday I'm In Love [6] Jo TV9
Prosa Cinta Embun Azlan TVi
2013 Tanggang Ayu Astro Prima
Janji Adam Azfar TV3
Demi Dia Zack
2014 Plan B Que
Aku Ada Wali Syakir TV AlHijrah
2015 Tuan Rumah Pembantu Rumah[7] Dr Emir Jihan TV3
2016 Dawai Asmara[8] Fareez TV9
Anakku Diva Mark TV3
2017 Arluna[9] Raziq Astro Prima
Mat Rukun Mamat / Mat Rukun TV9
2018 Cik Sempurna Zharif TV3
2019–2021 Black Lokman Nazir Viu
2020 Inikah Dikatakan Cinta Salam HD
2021 Madam E-Wallet Salman TV3
2022 Bintang Hatiku Raziq Salam HD
2023 Cinta Yang Tertangguh Afi TV1
From Saga With Love Zairin Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Rembau Ada Wifi? Shahril TVi
2014 Imam Bisu Alias Astro Oasis
Yang Mana Satu TV3
2016 Kak Guard TV1
Apabila Isteriku Melatah Edry TV9
2017 Permata Hati Zoey Astro First Eksklusif
2018 Uniknya Cinta Emy TV3
2022 Cikgu Nerd Cikgu Ben TV9
Pulang Yang Dirindui Iqbal TV2

Televisyen sunting

Pengacaraan TV
Tahun Tajuk Saluran TV Musim Catatan
2006 Gerak Geri Gasing Astro Ceria 1 Rancangan Interaktif
2008 3
2012 Rekativiti[10] Astro TVIQ mengacara bersama Elfira Loy
Gaya R[11] TVi
2013 Hello Bro ! Tolong Deko : Istimewa Raya Astro Ria mengacara bersama Dafi & Elfira Loy
2016 Harta Dalam Stor[12] 2 mengacara bersama Fad Bocey
Sekarang Baru Tahu TV1
2023 H Klik
Program TV
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2012 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria digandingkan dengan Dafi
2014 Liga Lawak Superstar (Musim 2) TV3
2015 Pesbukers Tetamu Jemputan ANTV Program TV Indonesia
The New Eat Bulaga
2017 Jalan Makan Tido Artis Jemputan Astro Ria
2021 Lahar Net Artis Jemputan Awesome TV

Videografi sunting

Muzik video
Tahun Tajuk Penyanyi
2011
"Lelaki Seperti Aku"
Alif Satar
2014
"Cinta Mati"
KLEO Band

Rujukan sunting

Pautan luar sunting