Sebuah drama bersiri yang ditayangkan di Slot Azalea TV3. Mula bersiaran pada 24 September 2013 sehingga 31 Oktober 2013. Drama ini ditayangkan pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang. Drama ini ditayangkan secara ulangan pada tahun 2015 & 2016 bagi mengisi Slot Azalea TV3.

Janji Adam
PengarahAidilFitri MY
Dibintangi oleh
Zul Ariffin
Zoey Rahman
El Faeza Ul Haq
Lagu pembukaan"Pastel" - Nastia
Lagu penutup"Prolog" - Nastia
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 Slot Azalea
Siaran asal24 September 2013 – 31 Oktober 2013

Sinopsis

sunting

Dua puluh tahun yang lalu, ibu Adam terpaksa memberikan dua adik kepada jiran tetangga, Seorang perempuan dan seorang lelaki. Ini adalah kerana kemiskinan mereka dan kerana sejak kematian ayah mereka, mereka hidup melarat dalam kesusahan. Semenjak dari hari itu,Adam hidup berdua dengan ibunya. Adam berjanji akan mencari kembali adik-adiknya pada suatu hari nanti dan akan menyatukan mereka kembali sebagai satu keluarga.Dua puluh tahun kemudian, Adam kini memulakan misinya dalam mencari adik-adiknya hanya dengan maklumat yang terakhir yang ada dalam simpanannya. Mereka terputus hubungan selama bertahun-tahun lamanya....Sewaktu Adam masih berumur 9 tahun, ayahnya, Zahari mati terbunuh kerana Jeff mengesyaki Zahari mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya Laili yang juga merupakan pelanggan tetap teksinya.Sebenarnya, sebagai seorang ayah, Zahari begitu tertib dalam mendidik anak-anaknya, terutama anak sulungnya, Adam. Zahari mahu memastikan Adam membesar sebagai seorang lelaki yang baik dan penuh dengan ciri-ciri tanggungjawab dalam dirinya supaya menjadi teladan baik kepada adik-adiknya, Asfar (7 tahun) dan Raihana (1 tahun).Adam pula menjadikan ayahnya sebagai idola. Sebelum tragedi tersebut berlaku, Zahari sempat menitipkan satu amanat untuk menjaga ibu dan adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu kepadanya. Justeru, selepas ketiadaan Zahari sebagai tunggak keluarga, sebagai anak sulung, Adam sanggup mengharungi kesusahan bersama ibunya, terutama dalam menyelesaikan kemelut masalah arwah ayahnya. Asfar dan Raihana telah diserahkan kepada keluarga angkat. Adam juga berjanji dengan Zainab bahawa suatu hari nanti, dia akan membawa pulang Asfar dan Raihana.Selepas 20 tahun, Adam telah bekerja sebagai seorang Illustrator dan tidak pernah melepaskan sebarang maklumat untuk menjejaki Asfar dan Raihana. Usaha Adam untuk mencari Raihana telah menemukannya dengan Asyhah, seorang penulis novel yang merupakan anak kepada pemilik syarikat penerbitan, Tuan Zaidi. Apa yang tidak dijangkakan ialah abang angkat kepada Ayshah, Asfar sebenarnya merupakan adik kandung Adam yang dicari-carikan selama ini. Asfar yang terasa terhutang budi kepada Tuan Zaidi dan Puan Yuhanis yang telah mendidiknya sejak kecil sehingga menjadi seorang yang berjaya tidak sampai hati melukakan hati keluarga angkatnya.Ayshah tertarik dengan sikap lurus Adam dan kecekalannya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari adik-adiknya. Justeru, Ayshah menawarkan bantuan untuk menolong Adam dan mereka sering berjumpa. Lama-kelamaan, Adam terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Ayshah. Keletah Ayshah yang gemar mengusik sering membuatkannya terhibur. Mereka mula menyulam kasih menerusi pertukaran puisi. Namun, Adam masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayshah kerana mahu fokus kepada pencarian adik-adiknya.Pertemuan Adam dengan adik perempuannya Raihana menerima tamparan yang hebat apabila Raihana secara terang memberitahu dia tidak akan kembali kepada Zainab yang sanggup membuangnya pada waktu kecil. Adam hanya mampu pulang ke kampung dengan hampa kerana Zainab semakin tenat.Ayshah mula meragui identiti sebenar Asfar namun ayahnya, Tuan Zaidi membidas persoalannya dan telah mengarahkannya supaya menjauhkan diri daripada Adam. Ayshah yang kecewa dengan sikap degil ayahnya telah melarikan diri ke kampung Adam. Di sana, Ayshah membuat keputusan yang mengejutkan untuk menyamar sebagai Raihana kerana melihat keadaan Zainab yang sedang tenat. Kebaikan Ayshah disalah ertikan oleh Zainab apabila Raihana balik ke kampung.Namun, mereka tidak menyangka penantian selama 20 tahun ini menuntut sebuah pengorbanan yang besar. Apakah yang akan berlaku pada Adam dan keluarganya? Bagaimana pula dengan kisah selanjutnya bagi cinta Adam dan Ayshah?

Pelakon

sunting

Lagu Tema

sunting
  • "Pastel" - Nastia
  • "Prolog" - Nastia