Mr. Bibik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Raja Afiq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 29 Oktober 2021 menggantikan Wifi Sebelah Rumah dan Semanis Senyumanmu. [1]

Mr. Bibik
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Mr. Bibik karya Aein Dhiyauddin
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Jatuh" nyanyian Kaer
Lagu penutup"Cinta Jatuh" nyanyian Kaer
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Datuk Hasniza Nordin
  • Amir Mirza
  • Hazrul Riza
PenerbitDatuk Hasniza Nordin
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen Sdn Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 & IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 Oktober 2021 – 25 November 2021
Kronologi
MengikutiWifi Sebelah Rumah
Semanis Senyumanmu
Diikuti olehKisah Cinta Kita

Sinopsis sunting

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.

Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya.

Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan.

Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa.

Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.

Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Pelakon Undangan sunting

Pelakon Tambahan sunting

  • Nila Mat Nisa sebagai Leha
  • Siti Nor Syahira Nor Azam sebagai Didi
  • Khairil Qaiyum sebagai Bodyguard Liu
  • Maya Jaafar sebagai Azean
  • Mahnira Nazneen sebagai Harraz
  • Fakir sebagai Encik Sazrin
  • Amirul Lukman sebagai Adi
  • Fazira Syafinaz sebagai Datin Eton
  • Norlela Kowangit sebagai Zainab
  • Aireen Riana sebagai Tania
  • Azwan Kamaruddin sebagai Abang Sado
  • Lai Hayati sebagai Tuah
  • Norzalina sebagai Kak Peah
  • Hanna Hisham sebagai Staf Cuci Bersih
  • Nasir Asri sebagai Staf Cuci Bersih
  • Zarul Hafiz sebagai Staf Aulia 1
  • Hanna Lee sebagai Staf Aulia 2
  • Khairul Azmi sebagai Pak Guard
  • Nazirah Nasir sebagai Geng Zumba 1
  • Maritza sebagai Geng Zumba 2
  • Aishah Ibrahim sebagai Geng Zumba 3
  • Fiena Mukhtar sebagai Bibik Tuan Halim
  • Zoul Muhammad sebagai Geng Mukhriz 1
  • Mazli Razali sebagai Geng Muhkriz 2
  • Rafiq Dino sebagai Orang Liu 1
  • Harun Yusof sebagai Orang Liu 2
  • Eyda Rahman sebagai Tetamu 1
  • Khafizah sebagai Tetamu 2
  • Mohd Fadzly sebagai Tetamu 3
  • Azmi Ali sebagai Tetamu 4
  • Petra Mohd sebagai Bodyguard Tuan Mahfuz 1
  • Mufaridzat sebagai Bodyguard Tuan Mahfuz 2
  • Jaiman Justin sebagai Tok Imam
  • Wan Azuan sebagai Tuan Rumah Zuhairi
  • Syafiqah Kamaruzaman sebagai Maid Liu
  • Isaac kon sebagai Liu Muda
  • Windz Neom sebagai Ayah Firaz Muda
  • Anna Syida sebagai Salbiah Muda
  • Nur Khalaf sebagai Tukang Jahit
  • Emerlia Feronika sebagai Staf Tuan Mahfuz
  • Mahyuddin Mohamad sebagai Staf Tuan Mahfuz
  • Amyraz Aznim sebagai Makcik Kampung
  • Farieza Isa sebagai Doktor
  • Zizi Zulkifli sebagai Geng Arisya 1
  • Dayang Elle sebagai Geng Arisya 2
  • Munyip sebagai Ah Long 1
  • Raffie sebagai Ah long 2
  • Hanna Ercaa sebagai Perempuan Zuhairi
  • Siti Bashiro sebagai Staf Hotel

Runut Bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Mr.Bibik. MyInfoTaip. Dicapai 28 Oktober 2021