Wanns Ahmad
Wan Nursalam Wan Ahmad, juga dikenali sebagai Wanns Ahmad (lahir 12 Oktober 1991) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi single "Terus Mencintaimu" pada 2014 dan pernah membintangi telefilem berjudul Khalifahkah Aku di TV3.[1]
Wanns Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | Wan Nursalam bin Wan Ahmad 12 Oktober 1991 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2009–kini |
KerjayaSunting
Wanns pernah mengacarakan rancangan masakan Aroma Tradisi di TV3 dan merakamkan single pertamanya, "Terus Mencintaimu" pada 2014,[2][3] selain muncul dalam telefilem Khalifahkah Aku yang bersiaran di TV3.[4]
Selain itu, Wanns pernah mencuba nasib dalam ujibakat beberapa program realiti, namun gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya. Beliau juga pernah menjadi artis di bawah Pencil Pictures & Records milik penerbit, Ayu Puteh sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri. Wanns juga pernah bekerja sebagai pekerja belakang tabir di sebuah syarikat penerbitan, selain bermula sebagai pelakon tambahan.[5]
Kehidupan peribadiSunting
Wanns dilahirkan dan dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik.[6] Beliau mempunyai astrafobia sejak kecil iaitu ketakutan terhadap kilat atau petir yang mana beliau akan berhenti memandu atau sekiranya berada di luar bangunan, akan menyorok di bawah meja dan tempat tertutup.[7]
DiskografiSunting
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Terus Mencintaimu" | 2014 |
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Bo-Peng | Azhar | Filem pertama |
2021 | Kampung Latah Kena Kuarantin | Anjang |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Iskandar | TV3 | |
2021 | Seram Tak Seram | TV9 | ||
Mr. Bibik | Hud | TV3 | ||
Balai Kampung | TV1 | |||
2022 | Kerana Aku Isteri Bidaan | Aznor | TV3 | |
Jangan Menangis Cinta | Hafiz | Astro Ria | ||
Ada Apa Dengan Saka | Atu | TV9 | ||
Honey-Moon | Jiman | TV3 | ||
Anak Beranak Abe Yie | Awe | |||
Tiada Maaf Buatmu | Black | Astro Ria | ||
2023 | Adnan Runner | Bobby | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Khalifahkah Aku | Fatah | TV3 | |
2023 | Hello Suri | Sarip |
RujukanSunting
- ^ Amerul Haswendy Ashari (19 Jun 2019). "Pesan buat ibu, sahabat". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (11 Mei 2015). "Tidak tiru Akim". Berita Harian. Dicapai pada 24 Julai 2019.
- ^ Syanty Octavia Amry (21 September 2015). "Rakam single pertama". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2019.
- ^ "Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi". ProjekMM. 2 Januari 2018. Dicapai pada 24 Julai 2019.
- ^ "Wanns Ahmad bukan 'tangkap muat'". Sinar Harian. 21 Januari 2016. Dicapai pada 24 Julai 2019.
- ^ Amri Hassan (4 April 2022). "Wanns Ahmad Ni Sedap Suaranya, MV Terus Mencintaimu Cecah 3 Juta Tontonan - "Segan Saya Nak Ngaku Penyanyi"". Astro Gempak. Dicapai pada 24 Julai 2022.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (19 April 2019). "Wanns Ahmad hidap Astrafobia sejak kecil". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2019.