Mantera (Sanskrit: मन्त्र mantra, Jawi: منترا), jampi (Jawi: جمڤي) atau serapah (Jawi: سراڤه) adalah bunyi, suku kata, perkataan, atau ayat yang diucapkan berentak dianggap mampu menciptakan perubahan secara rohani lagi-lagi untuk mendapatkan kuasa ghaib.[1][2][3]

Batu bertulis ungkapan mantera di Nepal

Pengucapan ini dijumpai dalam pengamalan dan kefahaman anutan Hinduisme, Buddhisme, Jainisme, and Sikhisme yang mempunyai fungsi, keutamaan dan jenis yang berbeza-beza.[1][4] Dalam konteks Hinduisme asal terutamanya, ia merupakan pengucapan daripada petikan kitab suci Veda yang bertujuan memberikan kekuasaan atau kesaktian rohani kepada mana-mana pengamalnya. Namun, ia berubah ansur maknanya dalam masyarakat Melayu menjadi amalan digunakan bomoh, pawang atau dukun untuk keperluan adat dan kepercayaan mistis;[5] khususnya bagi mempengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi keinginan penuturnya melalui sihir sama ada untuk mencegah terjadinya bencana, menundukkan dan melemahkan musuh ataupun memikat wanita.

Peristilahan

sunting

Kata "mantera" berasal dari suku kata मन man (manana) dan kata tra (trana) yang bererti "pembebasan dari ikatan samsara atau dunia fenomena lalu ditafsirkan bererti "memanggil datang" (amantrana).[6] Ada juga yang mengujarkan "mantera" itu daripada akar man- yang bermaksud "fikiran"[7] atau "berfikir".[8][9][10][11][12]

Khanna (2003: hal. 21) menyatakan hubungan mantra dan yantra dengan manifestasi tenaga minda sebagai berikut:

Mantra-mantra, suku kata Sanskerta yang tertulis pada yantra, sejatinya merupakan 'perwujudan pikiran' yang merepresentasikan keilahian atau kekuatan kosmik, yang menggunakan pengaruh mereka dengan getaran suara.[13]

Gambaran umum

sunting

Pengarangan sesebuah mantera itu dibuat mengutamakan lenggok bahasa yang dipercayai mampu memberi kekuatan kepada isi mantera yang dikelumatkan; penggunaan bunyi dilihat lebih penting daripada makna. Mantra berbentuk bait dengan keberadaan rima yang tidak menentu. Mantera lebih mengutamakan irama dibandingkan rima.

Antara ciri-ciri mantera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu. Mantra tidak membangun suatu makna yang utuh yang dapat dipahami melalui akal.[14]

Secara kebiasaannya, ia bersifat sihir simpati, iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar pembaca mantera tersebut dapat memiliki sifat yang sama. Sebagai contoh bacaan mantera, "....Aku bukan tepuk bantal, tetapi tepuk hatimu....." dan yang lain-lain yang seumpama dengannya.

Ciri-ciri umum sesuatu mantera biasanya adalah :-

  • Ia terdiri daripada beberapa rangkap yang berirama.
  • Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib
  • Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.
  • Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi.
  • Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan.

Antara jenis mantera adalah:

  • Mantera pakaian diri
  • Mantera perubatan
  • Mantera pendinding
  • Mantera upacara tertentu
  • Mantera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.

Mantera dalam kepercayaan Melayu telah mengalami perubahan daripada kepercayaan animisme, kepada kepercayaan Hindu dan kemudiannya kepada kepercayaan Islam. Oleh itu tidak menghairankan bahawa terdapat istilah-istilah Islam yang digunakan dalam mantera yang menggantikan istilah Hindu pada awalnya. Salah satu contohnya adalah mantera pengasih seperti di bawah.

Bismi’Ilahi ’L-Rahmani’L-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh (si anu)
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .........

(Ahmad Samad, Masjid Tanah, Melaka dipetik dari Haron Daud 2001)

Dalam budaya lain

sunting

Orang Minangkabau menyebut juga sebagai manto, jampi-jampi, sapo-sapo, kato pusako, kato, katubah,atau capak baruak. Sampai saat ini mantra masih bertahan di tengah-tengah masyarakat di Minangkabau. Isi mantra di Minangkabau saat ini berupa campuran antara bahasa Minangkabau lama (kepercayaan animisme dan dinamisme)[15]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Feuerstein, G. (2003). The Deeper Dimension of Yoga. Boston, MA: Shambala Publications.
  2. ^ Jan Gonda (1963). The Indian Mantra (dalam bahasa Inggeris). 16. Oriens. m/s. 244–297.
  3. ^ "mantera". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  4. ^ Nesbitt, Eleanor M. (2005), Sikhism: a very short introduction, Oxford University Press, ISBN 978-0-19-280601-7
  5. ^ Sumaryanto (2010). Mengenal Pantun dan Syair. Semarang: PT. Sindur Press. m/s. 9–10. ISBN 978-979-067-054-9.
  6. ^ Ni Rai Vivien Pitriani (2020). "Menumbuhkan Nilai Pendidikan Karakter Religius Melalui Mantra Dan Yatra Sebagai Media Komunikasi Interpersonal Dengan Tuhan Dalam Agama Hindu". Widyalaya. 1 (1): 93. ISSN 2746-8682.
  7. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 785. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 113–114.
  8. ^ Monier-Williams, Monier (1992) [1899]. A Sanskrit-English dictionary etymologically and philologically arranged with special reference to cognate Indo-European languages;. Leumann, Ernst, 1859-1931., Cappeller, Carl, 1842-1925. (ed. New). Oxford: The Clarendon Press. m/s. 787.1. ISBN 8121502004. OCLC 685239912.
  9. ^ "Definition of MANTRA". www.merriam-webster.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2019. Dicapai pada 2019-05-04.
  10. ^ Macdonell, Arthur A., A Sanskrit Grammar for Students § 182.1.b, p. 162 (Oxford University Press, 3rd edition, 1927).
  11. ^ Whitney, W. D., Sanskrit Grammar § 1185.c, p. 449(New York, 2003, ISBN 0-486-43136-3).
  12. ^ "mantra | Origin and meaning". Online Etymology Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2019. Dicapai pada 4 Mei 2019.
  13. ^ Khanna, Madhu (2003). Yantra: The Tantric Symbol of Cosmic Unity. Inner Traditions. ISBN 0-89281-132-3 & ISBN 978-0-89281-132-8. p.21
  14. ^ Nuryatin dan Irawati (2016). Pembelajaran Menulis Cerpen (PDF). Semarang: Penerbit Cipta Prima Nusantara. m/s. 34. ISBN 978-602-8054-88-1.
  15. ^ Djamaris, E. (2001). Pengantar sastra rakyat Minangkabau (ed. pertama). Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting
  • "Malay Magic and Divination", pembentangan mengenai kajian manuskrip jampi dan mantera Melayu pada abad-abad ke-19 & 20 oleh Farouk Yahya di Ilham Gallery Kuala Lumpur, 16 Julai 2017 (dalam bahasa Inggeris)