Samsara (Sanskrit: संसार saṃsāra "mengembara",[1][2][3] "dunia", "penjelmaan; perputaran keberadaan mengelilingi dunia";[3] juga sengsara[3]) merupakan kefahaman dikongsi dalam agama-agama berasaskan dharma iaitu Hinduisme dan Buddhisme[4][5] menerangkan keberadaan kehidupan seseorang yang dikatakan dalam suatu kitaran kematian dan kelahiran semula.[1][6] yang berterusan dan dijangka sehingga mencapai pembebasan menemui hakikat tuhan sama ada melalui muksa,[7] nirwana, mukti atau kaivalya.[8][9]:36 Hal ini sangat terkait dengan teori karma agama Hindu, dan pembebasan dari Saṃsāra telah menjadi inti pencarian spiritual tradisi India, serta perselisihan dalaman mereka.[1][10]

Kefahaman sunting

Dalam ajaran Hindu sunting

Menurut agama Hindu, meskipun atman (jiwa atau diri Sebenar) bersifat sentiasa bebas (Nityamukta), entah bagaimana, ia telah tersangkut dalam kejahilan (avidya). Sangkutan ini, meskipun tidak ada permulaan, ia boleh diakhiri. Avidya menyebabkan atman melihat dunia ini sebagai perkara yang asing daripada dirinya; hal ini dianggap sebagai pengalaman "keduaan" (dvaita) dalam falsafah India). Avidya memberikan ilusi bahawa dunia dan benda-benda hidup adalah dibezakan daripada atman. Kejahilan ini seterusnya melahirkan kama atau keinginan dalam minda, maka, ia ingin mendapatkan apa yang disukai atau menjauhi sesuatu yang tidak dikehendaki. Bagi memenuhi kama yang tidak terhingga, jiwa terpaksa lahir semula. Proses kelahiran dan kematian yang berulang kali ini dikenali sebagai samsara.[11]

Dalam ajaran Buddha sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Mark Juergensmeyer; Wade Clark Roof (2011). Encyclopedia of Global Religion. SAGE Publications. m/s. 271–272. ISBN 978-1-4522-6656-5.
  2. ^ Lochtefeld, James (2002). The Illustrated Encyclopedia of Hinduism, Vol. 2: N-Z. Rosen Publishing. m/s. 589. ISBN 978-0-8239-2287-1.
  3. ^ a b c Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1119. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 167–168.
  4. ^ Yadav, Garima (2018), "Abortion (Hinduism)", Hinduism and Tribal Religions, Encyclopedia of Indian Religions, Springer Netherlands, m/s. 1–3, doi:10.1007/978-94-024-1036-5_484-1, ISBN 978-9402410365
  5. ^ Flood, Gavin D. (1996), An Introduction to Hinduism, Cambridge University Press
  6. ^ Rita M. Gross (1993). Buddhism After Patriarchy: A Feminist History, Analysis, and Reconstruction of Buddhism. State University of New York Press. m/s. 148. ISBN 978-1-4384-0513-1.
  7. ^ Mahadevan, T. M. P. (1984). Outlines of Hinduisme. Mumbai: Chetana Pvt Ltd.
  8. ^ Shirley Firth (1997). Dying, Death and Bereavement in a British Hindu Community. Peeters Publishers. m/s. 106, 29–43. ISBN 978-90-6831-976-7.
  9. ^ Michael Myers (2013). Brahman: A Comparative Theology. Routledge. ISBN 978-1-136-83565-0.
  10. ^ Obeyesekere, Gananath (2005). Wendy Doniger (penyunting). Karma and Rebirth: A Cross Cultural Study. Motilal Banarsidass. m/s. 1–2, 108, 126–28. ISBN 978-8120826090.>
  11. ^ "saṁsāra". A Concise Encyclopaedia of Hinduism. Bengaluru, India: Ramakrishna Math. 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2021.