Perkataan
Perkataan, kata atau katan[1] ialah unit bahasa yang membawa erti dan terdiri dari satu atau lebih morfem yang saling diikat rapat, serta membawa nilai fonetik. Lazimnya sesuatu perkataan terdiri dari kata akar atau kata dasar yang diiringi atau tanpa diiringi imbuhan. Perkataan boleh digabung agar dijadikan ungkapan, klausa dan ayat. Perkataan yang terdiri dari gabungan dua atau lebih kata dasar menjadi kata majmuk, manakala gabungan cebis-cebisan perkataan pula dipanggil kata lakur.
Konsep perkataanSunting
Konsep perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. Perkataan juga boleh menjadi kumpulan kata atau apa-apa yang diucapkan oleh orang.[2] Perkataan boleh menjadi salah satu daripada tiga bentuk iaitu bentuk dasar, bentuk terbitan dan akar ayat.[3]
Bentuk dasarSunting
Ia bebas daripada imbuhan.
Contoh: makan, minum dll.
Bentuk terbitanSunting
Ia boleh ditambah dengan proses pengimbuhan
Contoh: makanan, minuman
Akar ayatSunting
Ia terdiri dari morfem terikat. Ia tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan tanpa imbuhan.
Contoh: tapa (bertapa), tani (bertani), mudi (kemudi)
RujukanSunting
- ^ Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "buku katan". Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. ISBN 9789836252272.
- ^ "Maksud Perkataan", Makna, 13 Januari 2019.
- ^ "Konsep Perkataan", Tutor Utusan. 5 Ogos 2010.
Rencana berkaitan bahasa ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Rencana linguistik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |