Buka menu utama
"Norman KRU" dilencongkan di sini.

Dato' Norman bin Abdul Halim (lahir 5 Februari 1970) merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia mulai tahun 2010.

Dato'
Norman KRU
NormanKRU.jpg
Norman di pejabat KRU Studios
KelahiranNorman bin Abdul Halim
(1970-02-05) 5 Februari 1970 (umur 49)
London, United Kingdom
WarganegaraMalaysia
Nama lainNorman KRU
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaKumpulan KRU
PasanganDatin Dr Shireen Mardziah Hashim (k. 2009)
Ibu bapaAbdul Halim Kamal
Zarina Abdul Wahab Fenner
SaudaraYusry bin Abdul Halim
Edry bin Abdul Halim

BiografiSunting

Norman dilahirkan pada 5 Februari 1970 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Beliau bersama dua adik lelakinya, Yusry dan Edry menubuhkan KRU pada 1992, yang mana beliau merupakan penyanyi rap dalam kumpulan ini. Antara lagu nyanyiannya bersama KRU ialah "Cherrina", "Diari Metropolitan", "Fanatik", "Won’t Look Back" dan "C’mon Lah" yang kesemuanya menampilkan nyanyian rap beliau.

Pada 8 Julai 2009, Norman berkahwin dengan Datin Dr. Shireen Mardziah Hashim yang tujuh tahun lebih tua daripadanya, pasangan ini berkahwin di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Shireen ialah sepupu kepada Emilia Mohamad, isteri kepada adik Norman, Edry.[1]

Pada Januari 2016, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersempena dengan keputeraan baginda.[2] Beliau merupakan antara 85 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, penerima lain termasuk penerbit Ziela Jalil dan pelakon Hans Isaac.[2] Beliau juga berhasrat untuk membangunkan industri kreatif di Pahang.[2][3]

Pada 18 April 2018, Norman mewakili anggota KRU - Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[4] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[5]

DiskografiSunting

Rencana utama: Diskografi KRU

FilemografiSunting

Sebagai penerbit

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Muzlina Abu Bakar (28 Julai 2009). "Jarak usia bukan isu besar bagi Norman pilih Dr. Shireen". Utusan Malaysia. Dicapai 2009-08-01. 
  2. ^ a b c Feride Hikmet Atak (7 Februari 2016). "Gelaran 'Datuk', Norman (KRU) Mahu Tingkatkan Industri Kreatif Di Pahang". mStar Online. Dicapai 2016-02-29. 
  3. ^ "Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU kini bergelar Datuk". Astro Awani. 7 Februari 2016. Dicapai 2016-02-29. 
  4. ^ Siti Nursyazwani (18 April 2018). "'Tak mahu dikenali sebagai KRU lagi' - Norman Abdul Halim". Astro Awani. Dicapai 19 April 2018. 
  5. ^ "KRU bubar selepas konsert terakhir Mei ini". Malaysia Gazette. 18 April 2018. Dicapai 19 April 2018. 

Pautan luarSunting