Titian Takdir merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Nazir Jamaluddin lakonan Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Farhanna Qismina dan Fimie Don, Atiq Azman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 9 Januari 2020 hingga 6 Februari 2020 menggantikan Kampung People.[1][2][3]

Titian Takdir
GenreMelodrama
Keluarga
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
Farhanna Qismina
Nadia Brian
Syazuwan Hassan
Fimie Don
Atiq Azman
Lagu pembukaan"Selamanya" oleh Usop
Lagu penutup"Selamanya" oleh Usop
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 Januari 2020 – 6 Februari 2020
Kronologi
MengikutiKampung People
Diikuti olehBukan Kahwin Paksa

Sinopsis sunting

Kisah empat adik beradik Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu sejak kecil. Mereka terpaksa tinggal dengan ibu saudara meraka, Mak Ngah Yun dan nenek mereka, Wan Jah tanpa belaian kasih sayang dan penuh kebencian. Akhirnya mereka dihantar ke rumah anak yatim.

Kerana kesempitan hidup, adik bongsu mereka Aisyah terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina. Sejak itu mereka terpisah.

Meningkat dewasa, Angah cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah. Aisyah menggangap dia sudah tidak ada lagi adik beradik dan mahu dikenali sebagai Karina, seorang artis.  Along kini bekerja dengan Dr Kamil di sebuah klinik. Ayoi pula menjadi seorang samseng.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Putri Syahadah Nurjannah sebagai Along kecil
  • Syamim Razi sebagai Nazmi kecil
  • Habiel Lutfillah sebagai Ayoi kecil
  • Dhia Irdina sebagai Aisyah kecil

Penerbitan sunting

Penggambaran dijalankan pada Oktober 2019. Untuk menjayakan watak Aishah dan Karina, Sweet Qismina mewarnakan rambutnya berwarna merah jingga.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Titian Takdir (TV3) Myinfotaip (9 Januari 2020). Dicapai pada 23 Januari 2020.
  2. ^ Titian Takdir Slot Lestary, beri seribu pengajaran: Wajib tonton My Informasi. Dicapai pada 31 Julai 2020.
  3. ^ Drama Titian Takdir buat netizen tak boleh ‘move on’ XTRA. 7 Februari 2020. Dicapai pada 31 Julai 2020.
  4. ^ "Saya telah menjelaskan..." - Rambut merah jingga Sweet Qismina jadi buah mulut, rupanya ini punca ia diwarnakan Media Hiburan. 20 Oktober 2019. Dicapai pada 31 Julai 2020.