Dian ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Kyoll Hamzah, dibintangi oleh Siti Elizad sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot GlamaDrama ntv7 dari 28 November 2018 hingga 25 Disember 2018 menggantikan Rahasia Kasih.

Dian
GenreDrama
Cinta
Misteri
Ditulis oleh
  • Mufid Suhaimi
  • NextScene Team
PengarahKyoll Hamzah
Dibintangi oleh
Siti Elizad
Lagu pembukaan"Misteri" oleh Ernie Zakri
Lagu penutup"Misteri" oleh Ernie Zakri
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenyuntingHerman Shah Abd Hamid
SinematografiChe Lee
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A-10 Alliance
Penyiaran
Saluran asalntv7
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 November 2018 – 25 Disember 2018

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi ntv7.[3]

SinopsisSunting

Dian seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya.

Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah. Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham.

Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.

Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.

Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa. Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi.

Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya. Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.

Banyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula degnan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

PenerbitanSunting

Menurut pelakon utama drama ini, Siti Elizad, beliau tertarik untuk menerima naskhah ini kerana ia ada kelainan dan memaparkan jatuh bangun dalam kehidupan. Dian juga menyaksikan Elizad memasuki penjara buat pertama kali. Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: “Saya melakonkan watak banduan bernama Dian. Ini percubaan pertama saya memegang watak banduan dan dapat merasai sendiri pengalaman berada dalam sel penjara,”.[5]

Penggambaran drama ini dijalankan pada April 2018.[6]

Runut bunyiSunting

  • "Misteri" - Ernie Zakri
  • "Rintik Hujan" - Akma
  • "Bulan Bintang" - The Alif dan Ogy Maalek

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "Drama Dian (ntv7)". My Infotaip. 27 November 2018. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 Disember 2018). "Lara hati disakiti". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  3. ^ Dian (2018): Episod Penuh. YouTube. ntv7. Dicapai pada 10 April 2020.
  4. ^ Ramlah Zainal (29 November 2018). "Elizad Sharifuddin sebagai Dian dalam drama terbaharu ntv7". Utusan Borneo. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  5. ^ a b Ramlah Zainal (2 Julai 2018). "Cubaan pertama jadi banduan". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  6. ^ Nur Asyikin Mayudin (23 April 2018). "Datang lewat, skrip pun tak hafal... Pelakon apa ni? Patutlah Siti Elizad naik angin". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2018.